“Saya Ada Semua Yang Saya Perlu” – Daiyan Trisha Tak ‘Gelojoh’ Nak Kahwin

Hiburan

“Saya Ada Semua Yang Saya Perlu” – Daiyan Trisha Tak ‘Gelojoh’ Nak Kahwin

Sebagai seorang selebriti, seseorang memang tidak akan lari daripada ditanya mengenai soal jodoh. Ada sahaja gosip yang tersebar apabila artis dilihat mulai rapat dengan individu lain.

Hal sama terjadi kepada pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha apabila dia ‘dijodohkan’ peminat bersama pelakon, Aedy Ashraf. Daiyan walau bagaimanapun menjelaskan mereka hanya sekadar kawan baik.

Advertisement

Daiyan Trisha
3 years ago

"Dia Kawan Baik Saya.." - Daiyan Trisha Balas Tindakan Netizen 'Jodohkan' Dengan Aedy Ashraf

Terbaru, penyanyi lagu Penat ini menerusi hantaran di Twitter berkata dia tidak terburu-buru apabila bercakap mengenai perkahwinan. Penyanyi ini turut percaya jodoh akan sampai apabila tiba masanya.

Menurutnya lagi, buat masa ini kehidupannya termasuk keadaan kesihatan adalah sangat baik. Dia juga mempunyai segala-galanya yang diinginkan. Malah, dia senang dengan pekerjaan yang sedang dilakukannya sekarang.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat meninggalkan kata-kata semangat serta turut menyokong penuh dengan pandangan Daiyan Trisha mengenai jodoh. Tambahan pula, selebriti ini kini sedang berada di kemuncak kerjaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Terdahulu, posting Daiyan Trisha di Instagram dihujani komen peminat yang bertanyakan mengenai majlis kahwinnya memandangkan adik terlebih dahulu ‘langkah bendul’.

Difahamkan, adik penyanyi ini telah menamatkan zaman bujang pada Khamis lalu. Daiyan menerusi sebuah ucapan berseloroh meminta ‘buah tangan’ mengikut adat orang dulu-dulu yang menghadiahkan kakak sekurang-kurangnya sepersalinan pakaian.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...