Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Ada Sebab Belum Bersedia Untuk Bertudung – Amelina

Sudah semakin meningkat umurnya, ramai peminat penyanyi dangdut Amelina bertanya mengapa beliau tidak mahu menutup aurat sedangkan beberapa artis dangdut yang lain sudah mula berhijrah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Amelina menjelaskan keadaan ekonomi beliau yang tidak stabil membuatkan beliau tidak bersedia untuk mengenakan tudung. Namun, Amelina tetap berharap agar peminatnya tidak putus mendoakan beliau berubah ke arah yang lebih baik.

Ramai yang komen dan bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab.

Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi. Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu.

Mula muncul semula didalam bidang seni sekitar tahun lalu selepas lama menyepi, Amelina tidak nafikan beliau agak terkejut dengan penggunaan dunia media sosial yang tiada batasnya apabila membaca komen yang kadang kala agak melampau.

Mula-mula saya terkejut dan marah apabila baca komen-komen di internet yang mengutuk tanpa memikirkan perasaan orang lain. Saya bertanya kepada Maya (penyanyi) dan kawan-kawan lain dan mereka ada nasihatkan saya untuk bersabar kerana media sekarang sudah berbeza.

Advertisement

Mereka kata kalau media sosial ini ada pada zaman popular saya dahulu sudah tentu gosip saya yang dahulu-dahulu akan jadi topik dan kontroversi utama.

Tidak semestinya kalau ekonomi tidak stabil kita tidak boleh menutup aurat bukan? Oh, mungkin Amelina khuatir beliau tidak akan terima banyak job selepas ini. Ingin kami memetik kata Irma Hasmie sebelum ini, bila sudah mula bertudung jangan risau tentang pekerjaan dan sebagainya, InshaAllah pintu rezeki akan terbuka mungkin dalam bidang yang lain pula. Siapa tahu bukan?

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top