Saya Ada Penyakit Bipolar Disorder – Azma Aizal Yusoof

Hiburan

Saya Ada Penyakit Bipolar Disorder – Azma Aizal Yusoof

Tindakan Azma Aizal Yusoof yang memukul Ika Nabella kerana ingin aktres tersebut mendalami watak dengan baik sedikit sebanyak telah mencalarkan imejnya sebagai pengarah pujaan ramai.

Tidak pernah menyalahkan Ika Nabella apabila beliau membuat laporan polis selepas dicederakan, Azma menjelaskan beliau mempunyai teknik serta pendekatan yang berbeza untuk seseorang pelakon itu memberi “nyawa” kepada karakter yang dilakonkan.

Advertisement

Sebagai pengarah, saya masih belajar pelbagai teknik untuk diadaptasikan oleh pelakon di lokasi. Namun, saya akui bukan semua dapat menerima pendekatan sama. Saya sesekali tidak menyalahkan tindakan Ika membuat laporan. Saya pernah mengasari beberapa pelakon dalam drama itu namun mereka menyambut baik teknik yang digunakan.

Namun, insiden yang berlaku ke atas Ika membuka mata saya bahawa bukan semua individu dapat menerima cara kita. Dia (Ika) mempunyai hak untuk membuat laporan polis.

Azma juga mengakui beliau menghidap penyakit Bipolar Disoder iaitu sejenis penyakit mental dimana seseorang itu akan mengalami perubahan emosi ataupun mood yang terlampau dimana ia adalah satu perkara tidak normal.

Saya juga tidak malu untuk mengakui kepada umum tentang penyakit yang saya hidapi. Malah saya masih mengambil ubat khas bagi mengawal dan menstabilkan emosi. Bukan semua pesakit bipolar disorder dapat bekerja kerana tidak mampu mengawal emosi.

Agak sukar juga kalau pesakit Bipolar Disorder ini merasa tertekan, kadang-kadang mereka tidak sedar mungkin tindakan yang mereka lakukan itu boleh memberikan kesan buruk kepada orang lain. Apa-apa pun, harap selepas ini Azma mampu mengawal emosi dengan baik ataupun boleh pergi bercuti untuk tenangkan fikiran sebelum kembali di kerusi pengarah.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...