Seorang lelaki di Indonesia digelar sebagai ‘Raja Playboy’ apabila dia dikatakan bernikah sebanyak 87 kali.
Memetik laporan Detik, Kaan yang berusia 61 tahun, mendedahkan dirinya berkahwin buat kali pertama ketika berumur 14 tahun dengan seorang gadis 16 tahun.
Walau bagaimanapun, dia menceritakan bahawa setiap perkahwinan yang dibina tidak bertahan lama dan ada antaranya hanya bertahan selama beberapa minggu.
Jelasnya lagi, dalam 87 kali perkahwinan, 46 daripada gadis yang dikahwini adalah anak dara dan selebihnya wanita sama umur serta lebih tua.
Tambahnya lagi, dia mengaku dirinya menolak sekeras-kerasnya perbuatan zina dan memilih untuk menikah dengan mana-mana wanita yang dikendaki.
Selain itu, saya ada nafsu berahi yang tinggi, tapi saya mahukan hubungan yang sah. Saya tak suka mainkan perasaan perempuan, apatah lagi anak orang. Daripada melakukan perkara yang tak senonoh, lebih baik saya menikah.”
Bercerita lebih lanjut, caranya menarik perhatian wanita adalah berdasarkan ayat-ayat manis dan selama berkahwin Kaan dikurniakan 7 orang anak perempuan daripada 6 ibu berlainan.
Dalam pada itu, Kaan mengakui perbuatan yang dilakukan adalah contoh yang tidak baik dan menjadi seolah-olah ketagih dengan perkahwinan membuatkan dirinya tiada selera makan serta sukar untuk tidur.