Sejak dihimpit kontroversi mengenai kisah percintaan terdahulu, pelakon Elfira Loy agak jarang berkongsi kisah peribadinya lagi dengan umum.
Namun, apabila Elfira mula memuat naik fotonya bersama tunang tercinta Faris K Anuar di akaun Instagramnya baru-baru ini, adalah ‘mak cik dan pak cik bawang’ yang mempertikaikan tindakannya itu. Elfira dikatakan sengaja ingin menayang kebahagiaan bersama tunangnya.
Mungkin agak bengang dan bosan dengan orang lain yang ingin menuduh serta mengatur kehidupannya, Elfira berkata beliau mempunyai hak untuk memuat naik apa pun di akaun Instagramnya.
Bukan semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain, pasti ada sahaja salah yang ingin mereka cari. Namun, jangan terlalu ambil pusing dengan komen-komen negatif itu. Jalani sahaja kehidupan dengan cara anda sendiri.