Sejak dihimpit kontroversi mengenai kisah percintaan terdahulu, pelakon Elfira Loy agak jarang berkongsi kisah peribadinya lagi dengan umum.
Namun, apabila Elfira mula memuat naik fotonya bersama tunang tercinta Faris K Anuar di akaun Instagramnya baru-baru ini, adalah ‘mak cik dan pak cik bawang’ yang mempertikaikan tindakannya itu. Elfira dikatakan sengaja ingin menayang kebahagiaan bersama tunangnya.
Mungkin agak bengang dan bosan dengan orang lain yang ingin menuduh serta mengatur kehidupannya, Elfira berkata beliau mempunyai hak untuk memuat naik apa pun di akaun Instagramnya.
Bukan semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain, pasti ada sahaja salah yang ingin mereka cari. Namun, jangan terlalu ambil pusing dengan komen-komen negatif itu. Jalani sahaja kehidupan dengan cara anda sendiri.

benci bawang nyebok
November 23, 2018 at 10:11 am
nak post apa-apa kat ig,memang kena mintak approval makcik bawang dulu.nak cabut bulu ketiak,nak beli spender…semua kena ada approval cik bawang.ini semua salah El,nak buat apa2 kena ada restu netizen &bawang dulu,jika tidak,ini dah kira salah besar ni.hukuman mandatori.
Bobo mesti di sula
November 23, 2018 at 2:43 pm
Kau tu terasa apa hal …sakit kat mana ye ?
Rasroy
November 22, 2018 at 9:31 pm
Baim Wong dah tunjuk gambar isteri, EL pun nak tayanglah gambar tunang..
Rasroy
November 22, 2018 at 9:26 pm
Patutlah EL tayang tunang.. Baim Wong dah kahwin.. Sila usyar OhBulan ada gambar Baim nikah, lawa bininya tinggi lampai..