March 3rd, 2016

Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa bukan? Daripada Dewi Remaja kepada pelakon serta usahawan wanita yang cukup berjaya, menjadi idaman setiap jejaka diluar sana.

Namun, Neelofa tidak mahu tangkap muat sahaja dalam memilih teman hidup. Neelofa memberitahu beliau mengimpikan seorang jejaka yang matang.

Saya pernah bercinta dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua daripada saya namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan, saya sebenarnya lebih gemar lelaki matang serta mempunyai keperibadian yang tinggi.

Mungkin anda tidak tahu, tetapi dalam diam ada sahaja lelaki yang ingin mendekati Neelofa tetapi hubungan mereka tidak berjaya kerana kurang persefahaman.

Neelofa juga akui beliau mempunyai ego tersendiri dan memerlukan seseorang yang matang sebagai teman hidup.

Saya tidak memilih namun ciri-ciri utama yang penting itu sebenarnya menentukan masa depan serta kehidupan saya sekeluarga kelak. Saya tidak mahu terburu-buru dalam memilih calon suami.

Tidak dinafikan, saya ada ego sendiri kerana itu saya meletakkan kematangan sebagai ciri utama dalam mencari lelaki idaman. Lagi-lagi, saya lebih suka menguasai perhubungan, jadi lelaki itu perlu bijak mengawal saya.

Teruskan usaha dalam mencari lelaki idaman anda Neelofa, jodoh itu ada cuma cepat atau lambat sahaja.  Siapa yang nak memikat Neelofa tu, kalau anda rasa ada ciri-ciri jejaka idaman Neelofa, boleh lah mula masuk borang. Hehe..

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...