Pelakon Fatin Afeefa tampil menafikan dakwaan mengenai dia telah mengabaikan pendidikan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia seperti yang tular di TikTok, baru -baru ini.
Perkara tersebut dijelaskan Fatin menerusi live TikTok dan menganggap dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang dilemparkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya lagi, dia telah berhabis RM40,000 demi menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa dan telah pun memasuki tahun 2.
Saya hantar anak saya bersekolah di sekolah antarabangsa. Saya habiskan duit sebanyak RM40,000 untuk membayar yuran selama setahun. Anak saya dah complete tiga semester dan dah masuk year 2.
Anak saya belajar International School, bukan silibus kebangsaan. RM40,000 tu tak termasuk baju dan buku sekolah.
Kata Fatin, dia tidak risau kerana mempunyai bukti transaksi pembayaran yuran sebagai tanda dia tidak mengabaikan anaknya itu.
Tambahnya lagi, dia berasa sedih apabila ada orang sewenang-wenangnya melemparkan fitnah tanpa ada bukti yang sahih dan sekaligus membuatkan dia merasakan dirinya tidak cukup bagus untuk bergelar seorang ibu.fa
“Bila orang fitnah cakap saya tak kisah pasal anak, tak sekolahkan anak. Saya sangat sedih. Saya bekerja untuk anak saya, tak tidur, balik pukul dua tiga pagi nak bayar sekolah anak saya.” cerita Fatin.
Malah, Fatin turut menghantar kedua-dua anaknya itu ke sekolah swasta tahfiz bagi mendapatkan pendidikan agama yang bagus setelah merasakan pendidikan di sekolah antarabangsa membuatkan mereka menjadi terlalu ‘urban’ dan moden.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu hantaran TikTok mengandungi beberapa info sulit tuntutan bekas suami Fatin, Adam Shahz yang mendakwa wanita itu tidak memberikan pendidikan secukupnya buat anak mereka.