Written by AbangNara | August 2nd, 2011

Setelah isteri Jimmy Shanley, Suhaila memberi kenyataan baru-baru ini, ramai pihak yang menunggu kenyataan media Jimmy Shanley. Namun begitu Jimmy nampaknya telah membuat satu keputusan yang bijak. Menurut GUA, Jimmy hanya akan memberikan kenyataan di mahkamah kelak.

jimmy shanley

Berikut ialah kata-kata Jimmy Shanley berhubung hal ini:-

Kita kena tunggu di mahkamah. Ini kerana apabila saya membuka mulut kepada media ada individu tertentu mengaitkan saya dengan publisiti murahan. Saya terpaksa menjawab persoalan media kerana itu tanggungjawab saya sebagai personaliti yang menjadi hak milik masyarakat. Lebih baik saya diam sekarang dari dituduh cuba untuk meraih simpati dan saya hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Saya tidak cakap kosong kerana setiap apa yang perkatakan dibantu dengan bukti-bukti yang kukuh. Saya akan berdiam sehingga di mahkamah kelak.

Sempena Ramadhan yang penuh barkah ini, Abang Nara berdoa agar Jimmy dan isteri menemui kembali titik perdamaian antara mereka berdua. Mungkin kedua-duanya perlu fikirkan masa depan anak mereka. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Banyak-banyakkanlah berdoa di bulan Ramadhan ini.

Secara ikhlas, Abang Nara berharap sangat agar perkahwinan Jimmy dan Suhaila tidak berakhir dengan penceraian. Insya-Allah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

87 responses to Saya Ada Bukti Kukuh, Jumpa Di Mahkamah Nanti – Jimmy Shanley

  1. Yoyo O Kopi O says:

    No komen !

    0

    0
    • Dinda says:

      sokong jimmy…

      0

      0
      • papa says:

        jimmy ni kira bernasib baik dapat pak mentua baik hati , kalau papa lah di tempat bapak suhaila, dah lama tapak kasut ni hinggap kat muka si jimmy, kita soh dia jaga anak baik2, dibagi penampar pulak yer, sapa yang sokong si jimmy ni, memang otak letak kat push up bra dia..LOL!!!

        0

        0
      • sofi says:

        just 2ggu kputusan mhkamah jerk . . .

        0

        0
  2. mmg elok setel kat mahkamah, bukan guna perang media.

    den tetap rasa Jimmy tak salah, sepanjang jadi selebriti pun imej dia bersih tak ada pun gosip tak bagus yang keluar pasal dia.

    semoga Jimmy tabah.

    0

    0
    • setuju says:

      setuju

      0

      0
    • papa says:

      alahai..kesiannya papa ngan bebudak pompuan zaman sekarang..jantan keparat macam jimmy tu pun korang dok puji puji lagi,..sok lusa korang kahwin , kalau dapat laki tak guna macam si jimmy tu, menangis sambil nyanyi lagu hujan airmata siti musliha lah korang ..

      0

      0
      • hantu celak says:

        papa ni jeles sngt ngan jimmy ni apsal..
        walaupun papa dilahirkan x hensem…jangan la dok benci sangat ngan org hensem cam jimmy tu..

        tuhan kurniakan cukup fizikal pn patut syukur dah..
        jgn dok buruk2 kan org cam muke papa yg buruk tu

        0

        0
  3. penapatah says:

    ni lagi satu cerita. mane yg betul pon tak tahu la.. ape2 pon, harap jimmy dengan wife dia akan berbaik semula demi anak yg masih kecil tu..

    0

    0
  4. penapatah says:

    ni lagi satu. tak tahu mana yg betul. ape2pon, aku harap jimmy ngn wife akn berbaik semula demi anak diaorang yg br je lahir.

    0

    0
  5. Anastasia says:

    Sokong tindakan Jimmy. Berhentilah buat statement mengenai hal2 rumah tangga/perhubungan kepada media. Tiada siapa yang inginkan sebuah perkahwinan berakhir dgn penceraian. Semoga dengan keberkatan ramadan ini dapat menjernihkan segala yg keruh….

    0

    0
    • saya sayang mama saya says:

      mcm mana nak ckp ye…. x sampai 3 bulan dorang kawin jimmy da berani naik tangan kat bini dia…. HARAM seorang suami memukul muka isteri… nak pukul isteri pun ada adab dlm islam…

      kalo jimmy jaga keluarga dia ikut ajaran ISLAM, mesti x jd mcm nie… x tau sape yg salah… apa pun, tunggu la keputusan mahkamah… semoga apa yg terjadi menjadi pengajaran buat kita semua…. dan menjadi tauladan pd mereka….

      0

      0
  6. reenafahlafi says:

    tak abis2 dgn cite dowg nie….bwk bincg elok2…moga ank x jd mangsa keadn mak ayah yg mcnie

    0

    0
  7. Intan says:

    Saya tak rasa Jimmy bersalah. Bila saya tengok video isteri dia bagi komen, mata dia tak pandang camera. Nampak cara dia bercakap tuh tak benar. Kalau ya pun Jimmy ada pukul, mungkin sbb isteri dia terlalu sosial. Taknak dengar kata, masih nak enjoy….Ntah la…Ingat dah ada anak2 masing2 pandai fikir…

    0

    0
    • setuju says:

      setuju…sebenarnya dia rasa money is everything..setakat suami ni apa lah sgt…

      0

      0
    • meen says:

      mata tak pandang kamera sebab dia tengah pandang orang yang interview dia kot. ;p
      Walau siapa pun yang salah, still tak setuju Jimmy pukul isteri dia.

      0

      0
      • Nazira says:

        Kita nak tengok kejujuran orang yang berbicara dari mata dia…Macam mana perkahwinan nak tahan lama kalau kita takder sifat sabar. Dalam perkahwinan, mcm2 dugaan yang akan datang, bukan dengan penceraian masalah akan selesai…Jangan ambik jalan mudah

        0

        0
        • street says:

          dah…xpayah nak jadi hakim. tengok kat mata la tu la nie la.
          tunggu je keputusan mahkamah nanti. sebook nak judge org lain ceh

          0

          0
  8. ape2ajerla~ says:

    settle kat court je la….tak pyh byk cite…baik buruk itu yg kalian pilih….kata suka sama suka dlu….skrg bila ade mslh, settle cara org dewasa…matang skit…kalian tu sudah ada anak…kcian anak tu…~

    0

    0
  9. rose says:

    suhaila ni, org kawen artis dia pun nak gak..so bila dah dpt nk mengada2 pulak..isteri ni kene 200% lebih sabar dr suami..itu adatlah dlm rumahtangga..nmpk sgt tak bersedia tuk kawen..nk glamer je lebih..

    0

    0
  10. kid says:

    mahkamah syariah ada untuk selesaikan cara baik.. bincang dulu mana yang patut
    1001 Wajah Seorang Anak

    0

    0
  11. Cik Haf says:

    ads by nuffnang tu menggoncang jiwa para jejaka yang sedang berpuasa..astaghfirullahalazim…hehe

    0

    0
  12. Garfield says:

    Salah camne pun pompuan ni….bkn mcm tu nk cara nak memimpin sbuah keluarga…bkn dgn cr kekerasan!!!!!…blom jd bini da berani nak pukul2….dalam Islam ader ajar cr mcm tu ker utk mgajar seorg isteri or BAKAL isteri??? aper2 pun aku ttp x sokong cr jimmy ni…kalo da taw awal2 wife die sosial…nak kawen jgk buat aper????

    0

    0
    • taksokongsiapasiapa says:

      ni mesti suhaila ni. ha ha

      rileks sudah, kite ni x tahu pape jgn duk sebuk nak menghukum. tapi, dari pandangan mata kasar, 2 2 salah . he he he. cume salah banyak kat suhaila kot, kaki sosial. jimmy sepanjang jadi artis, ada ke kontroversi nya? mana tahu entah2 suhaila kurang ajar ke apa ke kan, lelaki .. kadang2 mana lah nak tahan sabar. bukan nye die belasah ke apa ke. aku pun pernah kena tampar dgn bapak aku juga. so takkan nak lari dari rumah sebab kene tampar? kadang2 tampar tu jugak yang menyedarkan kita. btw, aku xde la nak sokong si jimmy tu, kite tgk je nanti kat mahkamah. tak payah la kamu nak kecoh meroyan bagai macam la kamu ni suhaila. eh, kamu ni suhaila ye? ha ha ha

      0

      0
    • malikundang says:

      ko x bc ke kucing kuning aka garfield kisah diaorg ni dr dulu? diaorg dh kawin le ms jimmy pukul wife dia, aku rs mmg patutpun klu idup asyik nak sooooSIALLL jek.. dia sbg suami nak betulkan isteri jgn tlebih sgt, xnak dgr mmg la tangan naik, klu aku dgn kaki pun aku bg klu dh degil sgt.. tp agknya org kaya, jentik ckit pun xleh. lari dari suami lg beso dosa nya tau tak???

      0

      0
      • street says:

        sumpah ko ni x educated. minda kelas bawah.
        menggalakkan kekerasan. salunye yg kurang ilmu je yg akan gunekan kekerasan sebagai solution utama.
        menteri wanita dan ngo sume puas la buat kempen utk lindungi wanita dr kekerasan rumah tangge.
        ko ni la salah sorang yg jantan pengecut.
        pompuan2 yg sokong kekerasan kat komen2 sini lagi la bodo. type2 pompuan yg kejenye cume online mase waktu bekeje.
        bodoh, aku x sangke pompuan sindri menggalakkan kekerasan. kang anak pompuan sindri kene pukul tau pulak melenting.

        0

        0
        • ape2 j la says:

          kalo dh x dgr ngan nasihat, jentik la sket… nnti kang kna ckp suami dayus x reti ajar isteri.. suami gak yg tanggung dosa sama ngan isteri kalo x ajar n didik isteri baik2.. better la pukul sket dr sama2 dapt dosa n dpt balasan lg teruk dr Allah.. lgpun rsanya kna jentik sket j 2.. owg kaya, xpnah kna jentik, bl kna jentik, ckp die kna belasah la..kalo btol kna belasah, mesti g spitalkan..tunjuk la rekod 2..huhu..

          0

          0
        • copypaste says:

          Assalamualaikum Wmt Wkth

          Mohon jawaban ahli panel tentang isu ini

          Apakah maksud sebenar ayat Al-Quran ( tak ingat surah mane ) yang menyatakan bahawa seorang suami itu dibenarkan memukul isteri. Sebab feminis kata ini bukti penganyaian wanita dan Barat kata ini bukti Islam galak keganasan

          Wassalam JZKMMLH

          Al-hamdulillah……

          Al-jawab :
          Sebenarnya dalam Islam memang terdapat hukum keharusan untuk memukul isteri.Walaupun begitu , ianya tidak semudah itu untuk si suami memukul isterinya tanpa sebarang sebab musabab yang wajar dan dibenarkan dalam Islam.

          Banyak prosedur dan syarat yang perlu diikuti oleh si suami sebagai langkah untuk menasihati isterinya sebelum mengambil jalan terakhir dalam proses tersebut iaitu dengan memberikan pengajaran yang lebih keras seperti memukulnya.

          Ini sebagaiamana yang terkandung dalam surah an-Nisa’ ayat 34 – 35 :

          “dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.

          Jelas daripada ayat tersebut , langkah pertama yang perlu diambil oleh suami apabila didapati isterinya telah melakukan nusyuz (penderhakaan) ialah :

          1. Menasihati dengan sepenuh daya dan usaha , dan jika masih berdegil maka hendaklah….2. Pulaukannya di tempat tidur , dan jika masih lagi berdegil , maka3. Yang terakhir barulah dipukul.Itu pun dengan pukulan yang ringan bertujuan untuk memberi pengajaran.
          Itulah dia ajaran Islam yang memang lebih menitik beratkan soal pencegahan dan pengubatan….Bukannya bertujuan untuk menghukum dan menyeksa mereka-mereka yang tersalah atau terlanjur dalam perbuatan dosa dan sebagainya.Islam meletakkan kaedah memukul isteri itu pada kaedah yang terakhir setelah didapati tidak ada jalan lagi untuk menyelesaikan segala konflik yang berlaku dalam rumah tangga , dan dalam situasi tersebut juga , masih lagi Islam menyarankan agar dipukul dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut supaya tidak menyakitkan si isteri.Ini kerana tujuan pukulan itu sendiri adalah untuk memberikan kesedaran sahaja , bukan sebaliknya.

          Begitu juga , dengan sikap Rasulullah saw sendiri yang memang tidak pernah memukul isteri-isterinya , kecuali dalam perkara-perkara yang melanggar perintah Allah swt.Maka pukulan atau hukuman ketika itu adalah kerana Allah swt.Sebagaimana hadis dibawah :

          Maksudnya : “Rasulullah s.aw. tidak pernah memukul isteri mahupun khadamnya sama sekali; dan beliau sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, kecuali pada jalan Allah sahaja atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka beliau menghukum kerana Allah.

          (HR Imam Ahmad dalam Musnadnya , no : 22906 , 24734 , 24765)

          Ada pun kenyataan saudara bahawa , pihak barat dan feminis menjadikan ayat al-Quran di atas sebagai hujah bahawa Islam menggalakkan keganasan adalah tidak boleh diterima pakai dan ianya tertolak dengan sendirinya oleh umat Islam yang meyakini akan keadilan dan kebijaksanaan Allah swt.Sikap dan perangai golongan kafir barat ini sejak dari dulu lagi hinggalah ke hari ini ialah dengan menimbulkan segala macam keraguan dan kekeliruan di hati setiap individu muslim dengan cara memutar belitkan ayat al-Quran dan hadis Nabi saw.

          Apa yang harus saudara buat apabila berhadapan dengan situasi tersebut ialah dengan mem’bakul’ sampahkan kenyataan tersebut dan bertanyalah kepada mereka yang arif dan tahu serta jujur dalam menyampaikan hal ehwal Islam.

          WA

          0

          0
      • Adleen says:

        Mende la ko ni… Tak sampai 20 hari jd laki bini, tak sempat nak buat apa lagi dek wooooiiii… Betulkan bini guna otak, bukan guna kaki atau pelempang. Senang cakap, kalau kau bg anak pompuan ko kahwin, tapi menantu ko buat cam ni, apa perasaan cik abang wei… Jwb dgn ikhlas… Takkan u nak bg alasan yg sama… Ko ingat, dosa bini kat laki je.. Dosa laki kat bini, ko tak pandang… Pukul dan menaya isteri tu pun dosa tau ! Dia tu kena pukul sejak belum kahwin lagi la.. Ingat tak dosa pukul org, bkan muhrim lak masa tu….

        0

        0
    • Dinda says:

      ko ni bongok la Garfield…

      0

      0
  13. Zaza Muhammad says:

    setel le lam court dediam. xelok balas2 statement lam paper kekdg org ble silap paham (atau kekdg tu sengaja diputarbelitkan kan.. no offend)…
    teringat kes sorang artis ari tu, kemain lai org hentam suami dia bla2, dia pun kemain lai wak statement lam paper yada yada yada.. skali lam court, hubby dia bukak mulut ngan bukti kukuh.. pandai plak dia dok dediam.. so utk kebaikan kedua2 belah pihak, berhati2 lah wak statement, kelak bila dah terbukti kebenaran, malu diri sendri.. hal2 umah tangga, jgn le diover exposekan, selain ade pihak2 yg amik kesempatan nk lariskan jualan akhbar mereka, org2 luar plak dpt dosa free sangka atau kutuk yg bukan2..

    0

    0
  14. choki terperanjat sakan.. says:

    lebih elok, lebih afdal…
    settle di mahkamah, bak Jimmy atau si isteri, ada bukti sama sama tunjukkan, biar Mahkamah settle kan.

    biar apa pun yg bakal terjadi, sama sama menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ibu…

    0

    0
  15. chempaka says:

    makin hari mkin menyampah lah asik citer dia ni,pastu citer norman -memey.sapalah mereka ni? hebat sgt ke? ada filem yg boom ke?ada apa xtvt mereka smpai media heboh psl dia ni? si jimmy ni siapa sgtlah dia?…udah2 lah tu…

    0

    0
  16. Amier says:

    Deyy!!! Sudah da…mcm cerita Tamil la..kawin tak lama mana cerai-birit kecoh satu Malaysia.Bintang tu tak popular macam mana sangat.
    Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

    0

    0
  17. Danial says:

    Kesian kau jimmy…nampak mcm lebih baik korang bercerai je…kalau bersama pun buat nyakitkan hati je…byk lagi perempuan yg lebih baik di luar sana…jgn pilih yg kaya dan cantik saje….tgk pada agama dia…sbb kurang didikan agamalah jd mcm tu…ade ke patut…dah kawin buat cara dah kawin..gi bersosial dgn husband la..gi movie ke, bowling ke…ade ke nak kuar dgn kengkawan..tak ke pelik…kalau tau nak enjoy dan tak dikongkong…baik takyah kawin..LU PIKIRLA SENDIRI!

    0

    0
  18. misztomato says:

    apa pun boleh cakap . tak tahu siapa salah dan benar. kita yang melihat doakan yang terbaik sahaja. jangan kita pula tak pasal pasal kena tempias dosa mengumpat

    0

    0
  19. BLOG MEDIA PANAS says:

    Tak bestlah bergaduh-gaduh nie..berdamailah..pilihlah bahagia daripada sengketa…doakan mereka berbaik kembali..bertolak ansurlah sesama pasangan..tolak ketepi pergolakkan..ambil kebahagiaan..

    Entry Terbaru :
    Senarai Pemain Bola Sepak Terkenal Dunia Dan Keretanya!!

    0

    0
  20. ape2ajerla~ says:

    silent is golden….
    hal umah tangga tok sah kalut2 habaq 1 malaya….
    nak pakat bercerai ke ape ke…buat cara sembunyi….klu press tanya pandai2la sorok…klu da mcm gini ghupenye msua kluarga malu sama…..cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya…renung2kan…~

    0

    0
  21. chikungunya says:

    aku rasa tindakan jimmy tak moh citer kat media satu tindakan bijak..dia ada bukti..dia akan tunjukkan..aku rasa tak salah suami melarang kerana suami adalah ketua keluarga..baru mula madu bini dah menggatal nak kuar..tak reti duduk bersama suami ke?? dah la si jimmy tu anak yatiim piatu..sepatutnnya isteri la orang paling rapat bersama dia..ini idak..nak merayap je….

    0

    0
    • adleen says:

      Bijak menda. Lagi bongok si Jimmy ada la…. Cuba ingat balik, siapa yg memula bukak pekong… Siapa yg memula jaja citer kat wartawan / S/khabar biasa la nak jual paper, naik sales naik untung, naik bonus… Dia yg dok jaja citer, pihak isteri ckp apa pun tidak. Tp bila bini dah bukak citer, ooo…dan dan tu nak tunjuk baik… kununnya taknak citer kat media… Tu, yg berkajang2 pjg citer seblum ni, siapa yg citer kat media, hantu kak limah ko ? Sengal punye jantan… Korang ni pulak percaya bulat2; org nampak luaran baik, isi belum tentu… Aku malas nak citer je, kang melopong mulut korang, sbb spesies mcm Jimmy tu ‘bersepah’ kat KL ni… Itu dah cukup baik bini dia tak bukak ‘pekong’ tu…

      0

      0
  22. caryn says:

    walau mcm mana pn suhaila ttp isteri dan jimmy ttp suami..dimana tempat isteri slpas berkahwin..jd baik suhaila n jimmy kaji dan fikir2kn..org lain lg berat dr ni..jgn lah kita ni nk canang hal dlm kain kat org..settle elok..mcm mana masa kawin dulu dan last pun biarlah dgn baik…tp sbgai isteri walau kita x nk hidup dgn suami..bw lah bincang elok2 jgn lah kuarkan perkataan yg kesat wahai suhaila…syurga kamu dibwh tpk kaki suami..mak bpk kamu dah x de hak…fikir2kan lah..sdh2lah buka pekong didada…malulah ckit…….

    0

    0
  23. angkasa says:

    isteri dia klu kuar tanpa kebenaran suami…nusyuz nama nya….x cium bau syurga…

    0

    0
  24. Tumpang Lalu says:

    Bro,
    Gua tak menyokong kepada sesiapa sekadar meluat dengan karenah dua2 pasangan ni.
    Jimmy,Kenapa laa kau baru sekarang nak pandai diam. Jika dulu kau berdiam diri dan serahkan kepada mahkamah kan bijak. Ini tidak semua cerita dijaja n dijual kepada media…then sekarang terimalah pedasnya.

    0

    0
  25. mulut capoi says:

    Dijaja kat media …..nasi dah jadi taik……
    aku x sokong sesiapa, tapi kenyataan lain-kali sapa2 pun jangan jadi mcm. ni malu satu dunia.
    Kita ada saluran tertentu…mahkamah ngadu kat situ. Ngadu kat media ngan statement aibkan keluarga suhaila, walhal jika betui pun x leh cerita itu aib tau.
    Sampaikan kisah2 family dia org. diperkatakan olih org. yg. ada masaalah ngan family suhaila kerana mengambil kesempatan diatas gosip ko ini.
    Tak itu saja product natasya pun kena kutuk……
    Ada yg. doakan jadi muflis, bankrap family suhaila.
    Tapi tiada respon dari family suhaila…….diiiamm diri.
    Baru2 ini suhaila beri kenyataan kat media…ko jangan pulak nak melenting atau jumpa nanti ko pukul pulak anak orang …..
    Nampak sangat jimmy x bolih menangani masaalah sebab tu bini lari…kalu tunggu sakit dapat……aku pun jika menantu macam ni takut habis rahsia dalam rumah diceritakan kat orang luar nanti..lebih baik x payahlah..biarlah anak jadi janda.

    0

    0
    • meshani says:

      Apa hal you ni? Memang salah ia buka aib wife and in laws…but kita senang sebut or suggest. Being “Jimmy” tak senang. Being celebrity, we are public interest. Whatever we do, people ask, we answer. If not..people say celebrity sombonglah..berlagaklah. If pihak isteri nak buat isu on “masa majlis tak ada seorang celebrity or artis pun datang”……siapa yang nak glamour ni?
      Honestly, if my daughter is being smacked by her husband..of course I will not be happy. But I will definately ask both of them what actually happened and if its true my daughter is at fault, I will apologise on her behalf. Malu I anak lari rumah husband just because kena tampar…When I got married more than 20 years ago, my in laws yang pukul pukul I..kes tak setaraf standard punya isu.. sabar lah..doa lah.. no harm give husband second chance. If no change then take way out! Nak jadi isteri ni, mesti ada sabar but from her reaction..tak ada sabar langsung! Jimmy, what you are doing is right ..for Zahrah’s sake..settle at court. Of course we never want any marriage end in divorce but the tango things going on between you two, it will hurt more to be together.. :( I know you very well Jimmy..my kids and I pray for you.. never have we forget you.

      0

      0
  26. nando says:

    kes anak manja la nie x penah kena pukul dgn mak bapak. dalam islam pun x larang suami pukul isteri yg ingkar. da la jimmy….tegas la sikit. jgn bagi muka sgt

    0

    0
    • heh! says:

      kite tgok anak ko kene pukul ngan laki nnt, agak2 nk gelak kan anak ko ke dak? ckp lebih boleh la x kene kt kau.

      0

      0
      • wahed says:

        pukul jalan terakhir…banyak cara lagi…pisah tempat tidur ke..nasihat baikk dulu ke..mungkin semua tak makan saman dak kot jalan terakhirlah yang dipilihnya tue…tapi pukul isteri nak bagi pengajaran pun ada syarat dan adab jugak bukan main sepak terajang lelaki jangan mein ambik konsep pukul, keterangan tentang pukul tak ambik kira..mcam jugak bermadu..asal sunah nabi beik kena ikut tue..tapi syarat yang datang untuk bermadu ader dier ambik kesah kau???

        0

        0
      • ish says:

        kalo anak dah kurang ajar xpela kna pukul sket.lgpun die dh hak suami.kte ibubapa xda hak dh… blh bg pengajaran sket.. kta pun kalo anak kte dh kuang ajq kita jentik gak kan.. mgkin dh di tegur tp still nak kuar mlm2 jmpa kwn2 wlpn xda izin..2 rsnya bukan isteri yg bagus.. nusyuz.. kang suami biar j isteri sosial jd dayus lak..n dosa besar..

        0

        0
  27. Reena says:

    Dah terselak suma baru ingat nak ceta kat mahkamah. Aku rasa kes Nora Danish lagi parah tp takde pun berbalas statement. Mature lah sket. Yg si bini tu pun bukan kemain eksyen. Kot ye pun dah tak suka, jgn lah panggil suami awak yg masih sah tu tak siuman dlm press release. Kawin beratus ribu abis..penyudahnya cerai..nauzubillah.

    0

    0
  28. Suri says:

    Dlm hal ni, sy Pikir kena tgk kes Rita aidil, perang mcm nak cerai dah tp dua2 mengalah tgk bole dpt anak lg sorg… So pd Jimmy-Suhaila, Elia-fahmi berbaik je la, mmg rmai yg cucuk tp hati2 la, kenang yg baik2 je

    0

    0
  29. Apam Tembam says:

    Saya berpuasa…nak comment…tapi puasa…nak kutuk…tapi saya pausa…nak hentam orang…tapi saya puasa. Nak judge orang….tapi saya puasa

    Hmmm seelok-eloknya bila bukak puasa nanti kita makan APAM TEMBAM…..tapi buat masa sekarang saya puasa…ha ha ha ha…!!!!

    0

    0
  30. miss minah says:

    Ape la isteri jimmy ne…tahu da perangai jimmy macm tu..pukul b4 kawen pun pena…knapa nak teruskan perkahwinan…napak sgt da x sesuai…pastu nak cadang sana sini….Jimmy …tangan tu kena la kawal sikit…ade plak nak pukul isteri…bapa emak org bagi anak die suh ko jaga bukannya suka hati ko nak pukul…tuhan maha adil…ko tgk…awal2 da dpt petunjuk…ko dapt anak perempuan…. nanti anak ko kawen dipukul suami die..ape ko rasa..%*&#[email protected]….sebetulnya suami x boleh pukul isteri…walaubagaimana pun kesalahan isteri….

    0

    0
    • jejaka says:

      Isteri degil dan sosial bukan sajer patut dipukul malah sepatutnya diterajang sampai kiokkkk……Habis cerita!

      0

      0
  31. enot says:

    sudah2 la sebarkan berita tu… cerita suami isteri buat apa nak sebarkan buat malu diri sendiri aje…entah2 kalo anak besar besok pun malu dgn peragai mak bapa dia mcm tu… klu sy malu……. cuba2 bawa bertenang n fikir panjang. kesian dia lahir2 tak ada kasih syg dari mak bapa.. mcm anak yatim piatu pulak

    0

    0
  32. sofi says:

    x abez abez………

    0

    0
  33. lolalolo says:

    Dont judge something yang tak sure kebenarannya. Fitnah tu.. xpasal2 dapat dosa kering.

    0

    0
  34. nila says:

    hanya ALLAH yang maha mengetahui…

    0

    0
  35. bajek gojes says:

    aku rase bini die ni jenis x mkn saman la. ckp elok2 pon x reti pape n babil sbb bengap hal agama. rasenye lebih baek bepisah. tapi sian kat baby zahrah yg baru lahir tu. tomel je tp parents kena pisah…

    0

    0
  36. mail lambong says:

    go jimmy ..go jimmy… brani kerana benar!!!!

    0

    0
    • meshani says:

      Thanks mail lambong!! I akan turun ke Malaysia to support Jimmy at court! I have always adviced Jimmy to face anything everything head on if you know you are in the right.. Jimmy is not a violent guy. I can swear on that! Once again, I thank you for your support. Berani kerana benar…

      0

      0
      • apito says:

        xpayah nak swear2 sgt la..jimmy ni mmg mental…dahlah dua alam…dulu xmengaku da bertunang sblm dgn suhaila,pastu tggalkan tunang die sbb nak kejar harta suhaila..sudahlah jimmy…seb bek la suhaila xbkk citer yg ko nak sontot bontot die…kalau die citer konpom ko yg malu jimmy oi…..xpyah nak raih simpati

        0

        0
  37. pizza says:

    Jimmy… Jimmy, kan bagus kalau dari dulu kau diam. Setel kat mahkamah je senang. Tang anak tu, dapatkan perintah mahkamah tentang hak lawatan. Tu pun kalau that baby ur biological daughter la. My suggestion is, pi buat DNA check cm laki si Dahpney dulu. Lu suda kawen ngan pompuan mereng rosak akhlak, so dun ever trust her.

    Lepas nih, cari pompuan yang ada penghayatan agama yang baik, senang nak didik dunia akhirat. Good luck bro!

    0

    0
    • meshani says:

      Two thumbs up!! Not because Im agreeing to your brave comment baby isnt his! But for you being brave voicing out your opinion! Moga moga Jimmy will find happiness once this mess is settled..

      0

      0
      • Rahsia says:

        R u sure si bini yg dapat malu nanti, if the baby turns out not his slps DNA test ? Jgn cepat buat kesimpulan… Takut2, nanti makan diri sendiri… Takut2 dari asal nak malukan isteri, tup-tup ‘rahsia’ diri sendiri ter’bungkar’ !!! Bukan setakat mess is settled, but bertambah messy & berselirat nanti…. Masa tu, mana nak letak muka…

        0

        0
  38. redcarpet says:

    klu jimmy salh pn ak rse suhaila tu bodoh n ego sngt..jimmy snggup tggu dia n ttap xnk ceraikn dia tp mgkn sbb suhaila tu ank org kaya so dia rse duit lg pnting dr jimmy..mnusia sume prnh wt slh dan bkn sume org perfect so suhaila ko jgn rse diri ko tu perfect sngtttttttttttttt..

    0

    0
    • jejaka says:

      Jimmy, aku rasa baik ko kawen ngan mak Shuhaila – dia lebih cantek, kayer, memahami dan matang…ha ha ha

      0

      0
  39. Qay says:

    Idea bagus..Tunggu keputusan mahkamah je. Di sana kita tahu kebenaran nya.. Saya doakan terbaik untuk jimmy & isteri..

    kpd semua Jangan hanya menilai dari luaran..hanya yg melaluinya saja yg memahami isi kandung di dalam perkahwinan nya..

    Salam Ramadhan semua..:)

    0

    0
  40. heheheh says:

    sian jimmy n anak dia…tu la susah kawin dgn org kaya nie…

    0

    0
    • Minah cun... says:

      Mana ko tau dia tak kaya ? Jgn cakap kalau tak tau… Mungkin dia tak sekaya keluarga mertua dia, tapi dia org berduit tau… Jgn ingat org yg nampak kat tv tu, hidup mcm biasa je… Just fyi, dj radio Sinar pun gaji one of the dj RM30k sebulan tau… Tu Pak Nil tu, pakai Ferrari tau.. Dan ramai lagi pengacara, dj radio dsb yg nampak low-profile, sbnrnye poket berkepuk. So tak timbul isu org kaya vs org miskin kat sini… Tak relevan langsung..

      0

      0
  41. jejaka says:

    Sejak dulu belum pernah ada kes skandal tentang Jimmy Shanley dengan pompuan2, tak macam sesetengah artis lelaki tu : dah lah muka tak hensem macam Jimmy, perangai macam boya darat – asyik kejar /angkut betina kehulu kehilir pastu mabuk pulak. Bodooo…
    Ini menunjukkan Jimmy lelaki yang baik, walaupun dia tak ada kawan lelaki (mungkin bau busuk badan) tapi dia lelaki penyayang………..Dakwaan kena pukul itu mungkin dibesarkan isterinya, maklumlah anak oangkayer- jutawan, mestilah manja – tak boleh silap sikit, asyik melawan @ mengadu kat mak………….Cis!

    0

    0
    • meshani says:

      Exactly how I feel! Jimmy has had a clean-shaved image all this while..tiba tiba now.. Jimmy kejam and zalim and kedekut samapi nappy baby pun tak beli??? Macam lah kita semua bodoh tuli! Cant think for ourselves!

      0

      0
    • Nama Aje says:

      Jejaka, u kata tak pernah dengar dia ada kes skandal dgn mana2 pompuan kan ?… Agak2nye, kenapa agaknya ? :P :-) … Ting Tong !!!!…

      0

      0
  42. uncle amran says:

    baru berapa ari jd laki bini…cinta tengah membara…sanggup ke dia pukul bini? apala jantan tu..nak didik bukan camtu…dulu bini aku sosial, open hair, tp skrg dh ok dh..setahun tau aku didik dia…pompuan kena didik dgn lembut, kalau keras makin rosak..

    0

    0
    • saya sayang mama saya says:

      saya setuju… hubby saya pun 4 tahun didik saya… dari merokok… minum… x pandai baca quran… x tutup aurat…. Alhamdullillah… saya berubah pelan2….

      0

      0
  43. fairy says:

    Susahnya kalau kawin perempuan kaya yang manja dan ego..kepala suami main pijak saja..lagi baik cari isteri yang sederhana dan baik budi pekerti…

    0

    0
  44. anniey says:

    xtaula ek..tp ati aku kata jimmy x salah. dahlah jimmy..bini gitu xyah dipertahankan..nk kata lawa, xdenye..harap duit mak bapak je..cariklah isteri yg lebih baik..

    0

    0
  45. ramadhan says:

    Semperna bulan puasa nie , jangan laa kita tuduh-tuduh mereka dan bergaduh antare satu sama lain. Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka bukannya menuduh dan bergaduh macam ini. Untuk abg nara, kurangkan lahh gosip di bulan mulia niee, banyakkn ibadah dan amalan . Selamat berpuasa untuk semua umat Islam :)

    0

    0
  46. hmmmm... says:

    “bukti kukuh”?hmm..bunyi yg mencurigakn…

    0

    0
  47. jalan_mampus says:

    as salam…ap pon kslahan isteri patut di tegur suami..suami patut mgajar isteri ttg agama..hukum hakam slpas brkhwin..sesorng isteri patut taat slpas khwn..klu jimmy 2 penagih dadah no komen la..ni dya pon waras lg..tahu pasal agama..ap2 pon jdoh d tgn tuhan..suami yg elok tuk isteri yg elok2..wassalam

    0

    0
  48. morutaru says:

    idup d donia x lame beb! Xpayah la cerai2….

    0

    0
  49. You actually make it appear so easy with your presentation however I to find this matter to be actually one thing which I feel I might by no means understand. It kind of feels too complicated and very vast for me. I’m taking a look ahead on your next publish, I will attempt to get the cling of it!

    0

    0
  50. poyo says:

    pada muka… konon nak jadi suami mithali… walhal cari bini pon tak reti… kalau ikut islam, benda mcm ni tak kan jadi…

    0

    0