Baru-baru ini, adik kepada selebriti, Neelofa iaitu Ameera Khan meluahkan rasa berang terhadap segelintir netizen yang melemparkan tuduhan tidak benar mengenainya ketika bercuti di luar negara.
Tak lagi diamkan diri
Melalui Instagram Story, Ameera menyatakan bahawa dia pergi bercuti di Bali, Indonesia bersama sepupunya, pengawal dan seorang pemandu.
Dalam pada masa yang sama, pempengaruh tersebut menegaskan dirinya sudah mempunyai teman lelaki yang kini berada di London dan tidak perlu beri penjelasan terhadap segelintir netizen yang menuduhnya.
Dituduh bercuti bersama Meerqeen
Bahkan, merasakan lebih baik dia mendiamkan diri dari melayan tuduhan tetapi tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengah individu sudah berlebihan.
View this post on Instagram
Saya tidak perlu perjelaskan diri saya tetapi sesetengah dari anda terlalu melampau. Diam dan berambus.
Difahamkan, penjelasan tersebut dibuat oleh adik Neelofa itu kerana ada pihak yang menuduhnya pergi bercuti di luar negara bersama pelakon, Meerqeen yang kebetulan ada di pulau tersebut.