Pelawak dan pensohor media sosial, Aya Amiruddin meluahkan rasa syukur kerana teman lelakinya sentiasa memberi semangat dan menyokongnya sehingga ke hari ini.
Kata Aya, teman lelakinya menjadi ‘punca’ dan memberi idea untuk dirinya terus menghasilkan konten di media sosial.
View this post on Instagram
Sebenarnya dia yang push siapa Aya Amiruddin yang sekarang. Dia tulang belakang saya dan dia antara punca saya jadi diri saya sekarang ni. Dia kata saya ada barang dan kelakar. Oleh sebab itu, dia suruh saya buat sesuatu.
Ujarnya lagi, sokongan seperti itu amatlah diperlukan jika ingin mencapai sesuatu dan kehadiran teman lelakinya itu sangat dihargai oleh Aya.
Ditanyakan sama ada teman lelakinya yang bernama Sleem itu akan menghasilkan konten sama sepertinya, Aya yang merupakan gadis kacukan Afrika – Malaysia ini berkata Sleem sudah berjinak-jinak ke arah tersebut.
Aya mula mendapat perhatian apabila dia sering menghasilkan konten media sosial kelakar di Instagram. Dia juga pernah muncul dalam filem Pontianak 100KG yang diterbitkan oleh Metrowealth.
Selain itu, kami sertakan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.