Seorang saxophonist mencuri perhatian apabila dia memainkan lagu tema meme The Coffin Dancer di sebuah pasaraya di luar negara ketika orang ramai sibuk memasuki pasaraya tersebut. Pasaraya tersebut dikatakan baru sahaja dibuka selepas perintah lockdown akibat COVID-19.
Mungkin ini adalah cara untuk dia memberi peringatan kepada pengunjung pasaraya itu agar sentiasa menjaga keselamatan dan penjarakan sosial ketika membeli belah jika tidak mahu ‘dijemput’ oleh The Coffin Dancer.
Ramai yang terhibur dan memuji idea kreatifnya itu.
The Coffin Dancer sebelum ini tular di media sosial ketika hampir semua negara di seluruh dunia berada di dalam perintah lockdown. Ia dijadikan meme sebagai peringatan ‘halus’ kepada orang ramai agar mengikut perintah dan duduk di rumah.