January 17th, 2013

Semenjak dua menjak ini sudah tidak banyak status-status yang melibatkan Gaza dan Palestin di dalam newsfeed Facebook Abang Nara. Walaupun begitu Abang Nara pasti rakyat Malaysia masih tidak melupakan kesengsaraan umat Islam di sana dan masih berdoa untuk kesejahteraan mereka.

free gaza t-shirt

Abang Nara sudah lama ingin melakukan sesuatu untuk membantu lebih ramai orang sedar mengenai kejahatan Israel kepada penduduk Palestin. Dan baru-baru ini impian Abang Nara tercapai apabila pihak Ziccotees sedia bekerjasama untuk menghasilkan T-Shirts “Free Gaza Save Palestin” khas untuk pembaca BeautifulNara.

free gaza t-shirt

Ada 6 design kesemuanya. Yang paling penting, sebahagian daripada hasil jualan T-Shirts ini akan didermakan kepada saluran tertentu untuk membantu rakyat Palestin.  Untuk info lanjut dan pembelian, sila layari laman web Ziccotees. Marilah membeli sambil beramal.


Comments are closed.

Loading...