Saudagar Durian Terpaksa “Cancel Contest” Menantu Selepas Menerima Lebih 10,000 Penyertaan

Trending

Saudagar Durian Terpaksa “Cancel Contest” Menantu Selepas Menerima Lebih 10,000 Penyertaan

Pada Selasa lalu, tular seorang saudagar durian dari Thailand ingin memberi ganjaran dan hadiah kepada lelaki yang berjaya memilih buah durian yang terbaik.

Advertisement

Beliau dikatakan akan menghadiahkan wang sebanyak 10 juta bhat bersamaan RM 1.28 juta, 10 buah kereta, ladang durian dan menjodohkan anak perempuannya dengan pemenang.

Usahawan itu berfikir untuk menggunakan cara itu kerana tidak mahu anak perempuannya lewat berkahwin.

Terbaru, Anont terpaksa membatalkan pertandingan tersebut atas kerana lebih daripada 10,000 ribu orang mencuba nasib. Beliau tidak menyangka status yang dimuatnaik dilaman facebooknya mendapat sambutan yang luar biasa.

Menurutnya, “saya sudah tidak mampu melawan deringan telefon bimbit setiap saat. Wahai Bakal menantu berhenti hubungi saya, biarkan saya berehat.”

Gambar salah seorang calon ‘bakal menantu’ yang mencuba nasib di ruangan komen Anont.

Lelaki berkenaan meluahkan rasa berminat terhadap tawaranyang diberikan oleh beliau. Tambahan pula lelaki berkenaan mempunyai dan menanam lebih daripada 300 pokok durian dia daerah Trat.

“Saya sudah terbiasa dengan panasnya matahari atau basahnya hujan. Saya juga boleh memandu trak 10 tayar dan traktor. Tolong pertimbangkan diri saya ya ayah Anont” kata lelaki yang berusia 28 tahun itu.

Anont juga telah memberi maklum balas mengenai lelaki itu. Bagi Anont, lelaki berkenaan terlalu kacak dan beliau risau jejaka berkenaan akan melukakan hati anaknya, Kanjasita Rotthong.

 

Sumber : channelnewsasia

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...