“Satu Sen Tak Dibayar Dah Macam Kerja Sukarelawan, Tahu-Tahu Dilucutkan Jawatan” – Eizlan Yusof

Hiburan

“Satu Sen Tak Dibayar Dah Macam Kerja Sukarelawan, Tahu-Tahu Dilucutkan Jawatan” – Eizlan Yusof

Baru-baru ini, berita mengenai kontrak Ahmad Idham, Eizlan Yusof berserta dengan setiausaha sulitnya, Datuk Fizal Fauzi sudah ditamatkan dan ia diumumkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Difahamkan perkara tersebut berlaku dalam 24 jam, namun Saifuddin tidak menyebut secara mendalam punca kontrak ketiga-tiga individu itu ditamatkan.

Advertisement

Melalui temubual Harian Metro bersama Eizlan Yusof untuk bertanyakan hal ini, beliau berkata dirinya seolah-olah melakukan program ‘khidmat negara’.

eizlan yusof jawab isu dilucut jawatan

Satu sen tak dibayar tapi saya okay saja dan hanya bekerja sebagai sukarelawan. Malah, saya pula yang terpaksa menggunakan wang sendiri.

Tambahannya lagi, beliau bersama rakannya yang juga merupakan bekas Setiausaha Kebudayaan, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri sudah beberapa pergi ke Korea Selatan untuk menjalankan tugas mereka.

Biarpun tidak dibayar gaji ataupun diberi elaun, menurut Eizlan, mereka sama sekali tidak merungut kerana sedar ianya merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul.

Sebelum ini, kisah perlucutan jawatan secara mengejut ini telah membuatkan dua individu berkaliber terbabit berasa kesal serta terkilan kerana kontrak kerja ditamatkan tanpa sebarang alasan kukuh, malah tiada sebarang perbincangan dilakukan.

Kena buang ahmad idham eizlan yusof
2 years ago

"Saya Tak Tahu Langsung.." - Jawatan Ahmad Idham Dan Eizlan Sah Digugurkan Dari Kementerian Luar Negeri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...