Baru-baru ini, berita mengenai kontrak Ahmad Idham, Eizlan Yusof berserta dengan setiausaha sulitnya, Datuk Fizal Fauzi sudah ditamatkan dan ia diumumkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Difahamkan perkara tersebut berlaku dalam 24 jam, namun Saifuddin tidak menyebut secara mendalam punca kontrak ketiga-tiga individu itu ditamatkan.
Melalui temubual Harian Metro bersama Eizlan Yusof untuk bertanyakan hal ini, beliau berkata dirinya seolah-olah melakukan program ‘khidmat negara’.
Satu sen tak dibayar tapi saya okay saja dan hanya bekerja sebagai sukarelawan. Malah, saya pula yang terpaksa menggunakan wang sendiri.
Tambahannya lagi, beliau bersama rakannya yang juga merupakan bekas Setiausaha Kebudayaan, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri sudah beberapa pergi ke Korea Selatan untuk menjalankan tugas mereka.
Biarpun tidak dibayar gaji ataupun diberi elaun, menurut Eizlan, mereka sama sekali tidak merungut kerana sedar ianya merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul.
Sebelum ini, kisah perlucutan jawatan secara mengejut ini telah membuatkan dua individu berkaliber terbabit berasa kesal serta terkilan kerana kontrak kerja ditamatkan tanpa sebarang alasan kukuh, malah tiada sebarang perbincangan dilakukan.