“Satu Malaysia Kena Tipu!” – Tular Wanita Dakwa Diperkosa Waktu Servis Penapis Air, Rupanya Suka Sama Suka?

Kehidupan

“Satu Malaysia Kena Tipu!” – Tular Wanita Dakwa Diperkosa Waktu Servis Penapis Air, Rupanya Suka Sama Suka?

Baru-baru ini, kecoh dengan satu khabar berita apabila seorang wanita mendakwa dirinya dirogol sewaktu melakukan servis produk penapis air disebuah rumah dan kisah itu diberitahu dalam platform TikTok.

Susulan itu, difahamkan ‘si pelaku’ turut membuat laporan polis selepas mendapati isu ini tular, tetapi apa yang diceritakan oleh seorang lelaki di YouTube beberapa hari lalu mengenai kes ini sememangnya mengejutkan orang ramai.

Advertisement

Di dalam video yang dimuat naik, lelaki terbabit mendakwa semua kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa adalah tipu semata-mata.

Menurut YouTuber berkenaan, dia berasa pelik dengan wanita tersebut kerana boleh kekal ceria sambil bercerita kepada warganet seolah-olah tiada apa yang berlaku dan jika benar mangsa trauma dengan kejadian yang terjadi, sudah pasti mangsa tiada masa untuk bermain media sosial.

Tambahannya lagi, lelaki terbabit memaklumkan pihak polis sudah menyelesaikan siasatan kes ini dan mendapati ia bukanlah kes rogol tetapi rupanya suka sama suka.

Dalam pada itu, dia memberitahu tertuduh sudah pun dibebaskan oleh pihak polis setelah mengetahui kebenaran yang sebenar dan wanita itu telah memadam video-video yang mengatakan dirinya dirogol.

Akhir kata, YouTuber terbabit tidak memihak kepada sesiapa dan mengatakan apa yang berlaku merupakan salah masing-masing serta tidak faham dengan tindakan wanita terbabit menularkan video mendakwa dirinya dirogol kerana ia seolah-olah membuka aib sendiri, tidak lupa juga menutup periuk nasi sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

BACA:  Wanita Dakwa Diperkosa Pelanggan Ketika Servis Penapis Air, Ramai Netizen Cakap Pernah Lalui Situasi Sama?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Wow

    September 25, 2022 at 1:40 pm

    Dah ckp dah. Rasanya sbb yg pelanggan dia ni hensem kot. Tu yg nak test power

  2. tecit

    September 9, 2022 at 9:39 am

    pantun powerrr bro hhaaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...