Satu Kes Dikesan, Amaran Jangkitan Kolera Dikeluarkan Buat Institusi Kesihatan Di Selangor

Berita

Satu Kes Dikesan, Amaran Jangkitan Kolera Dikeluarkan Buat Institusi Kesihatan Di Selangor

Terbaru, sebuah kes jangkitan kolera telah dikesan di Petaling menurut sebuah pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang ditandatangani pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Walaubagaimanapun, identiti individu berkenaan seperti umur, jantina dan kondisinya tidak didedahkan di dalam pekeliling itu.

Advertisement

Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan turut meninggalkan ciapan buat peringatan semua.

Untuk pengetahuan, kolera ialah penyakit ‘enteric akut’ disebabkan oleh bakteria ‘vibrio cholerae’ di mana gejala awal adalah cirit-birit tanpa sakit, loya serta muntah dan boleh membawa kepada dehidrasi serta kematian.

Bagi mencegahnya, JKNS telah menyarankan semua pengamal perubatan supaya melaporkan kes wabak yang disahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) menerusi sistem e-notifikasi dalam tempoh 24 jam.

kolera selangor

Selain itu, mereka turut meminta sampel najis diambil bagi ujian kultur dan sensitiviti untuk kes yang disyaki sebagai kolera.

Bukan itu sahaja, PKD turut diarahkan supaya meningkatkan pemantauan ‘acute gastroenteritis’ (AGE) di semua klinik.

Dalam pada itu, terdahulu, Khairy Jamaluddin ada memberikan kenyataan mengenai dos penggalak bagi vaksin COVID-19.

Khairy Jamaluddin
2 years ago

"Jika Ramai Tak Hadir Ambil Dos Penggalak Vaksin, Kemasukan Pesakit Di Hospital Akan Meningkat" - KJ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...