Ingin memastikan diri dan ahli keluarga bebas daripada penyakit COVID-19, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan telah membuat ujian calitan (swab test) virus tersebut di kediamannya.
Siti yang lebih mesra disapa sebagai Tok Ti itu dilihat telah berkongsikan perkara tersebut menerusi akaun Instagramnnya dan turut menzahirkan perasaan lega kerana bebas daripada wabak penyakit yang merbahaya itu.
Penyanyi lagu Cindai dalam pada itu sempat berdoa agar kesemuanya dilindungi dan kekal patuh akan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah. Syukur, saya dan keluarga buat swab test untuk memastikan kami sekeluarga bebas dari COVID-19. Semoga terus dilindungi untuk waktu-waktu kehadapan dengan menjaga dengan ketat SOP yang telah ditetapkan KKM. Anda juga patut tahu tahap kesihatan anda serta insan tersayang. Jangan ambil mudah ye.”
Difahamkan, Siti dan ahli keluarganya telah menjalani ujian saringan tersebut dengan sebuah pusat perubatan yang menyediakan khidmat dari rumah ke rumah.
View this post on Instagram
Siti di hantaran yang sama turut menitipkan pesanan kepada petugas barisan hadapan yang kini sedang berhempas pulas berjuang dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19 pada ketika ini.