“Satu Kami Buat, 10 Kejahatan Muslim Seperti Kamu Buat Di Dunia” – Puteri Balqis Balas Komen Hinaan

Hiburan

“Satu Kami Buat, 10 Kejahatan Muslim Seperti Kamu Buat Di Dunia” – Puteri Balqis Balas Komen Hinaan

Pelakon muda, Puteri Balqis, meluahkan rasa kecewa terhadap kecaman segelintir netizen yang memperlekeh kehidupan dan keluarganya.

Dalam satu hantaran Instagram, Balqis menegaskan bahawa menilai seseorang berdasarkan penampilan luar adalah tidak wajar, apatah lagi menghina mereka yang pernah melalui kesusahan hidup.

Advertisement

Balqis turut mempersoalkan sikap sesetengah individu yang tampil ‘soleh’ tetapi suka menghina orang lain di media sosial. Katanya,

Tidak ada logiknya perempuan bertudung, lelaki berjubah di dunia seperti kamu, yang mengetawakan kemiskinan orang lain, mengharapkan kejatuhan orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Dia turut berkongsi pengalaman hidupnya yang dilabel pelik kerana berlainan daripada norma masyarakat, termasuk memelihara anjing dan bertatu, namun tetap setia kepada keluarga,

Satu kami buat, 10 kejahatan Muslim seperti kamu buat di dunia. Tapi kejahatan sifat, lidah, jari jemari kamu tertutup dan tertipu dengan zahir yang nampak baik.

Tambahnya, kemunafikan segelintir pihak lebih dahsyat apabila mereka menghina mangsa dera dan ibu tunggal, sedangkan kehidupan mereka sendiri tidak sempurna. Balqis menyifatkan sikap suka menghukum itulah yang sering mencetuskan permusuhan dan kejahatan di dunia.

Akhir sekali, beliau menyatakan bahawa kematian adalah ‘plot twist’ sebenar bagi mereka yang pernah dihina dan dizalimi dalam diam.

puteri balqis skincare
2025-07-31 11:50:02

"Gaji 10 Tahun Tak Cukup" - Netizen Terkedu Puteri Balqis Baru 18 Tahun Tapi Barang Makeup RM8K?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...