“Satu Kaki Di Neraka? Lets Go..” – Tun Laila Tegas Tak Kisah Dikecam Lepas Ambil Kes Pembuli Siber Aaron Aziz

Kehidupan

“Satu Kaki Di Neraka? Lets Go..” – Tun Laila Tegas Tak Kisah Dikecam Lepas Ambil Kes Pembuli Siber Aaron Aziz

Peguam kontroversi, Tun Laila, tampil memberi respon tegas terhadap kecaman netizen selepas beliau mengambil kes melibatkan Sharina Richie, individu yang didakwa sebagai pembuli siber pelakon terkenal Aaron Aziz.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya, Tun Laila menegaskan bahawa beliau tidak gentar untuk di‘cancel’ atau dikritik masyarakat kerana tindakannya itu.

Advertisement

“Ini tugas saya sebagai lawyer. Yang bukan pakar, jangan pandai-pandai masuk campur,” katanya dengan nada tegas.

Walaupun menerima pelbagai reaksi negatif, Tun Laila kekal tenang dan tidak tergugat, malah menegaskan bahawa segala tindakannya adalah atas tanggungjawab profesional sebagai seorang peguam.

Tun Laila tak kisah kena cancel

Dikenali sebagai seorang peguam yang lantang dan berprinsip, beliau turut menambah bahawa setiap individu berhak mendapatkan pembelaan di sisi undang-undang, tanpa mengira pandangan masyarakat terhadap kes tersebut.

Video tersebut kini tular di media sosial, dengan ramai pengguna memberi pelbagai pandangan ada yang memuji ketegasan dan profesionalisme Tun Laila, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan keputusan beliau membela individu yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan Aaron Aziz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sharina richie saman anak Aaron Aziz
2025-10-10 10:35:59

Sharina Richie Saman Anak Aaron Aziz RM2 Juta? - "Kalau Nak Serang, Serang Saya!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...