“Satu Huruf Tertinggal” – Sistem Salah Eja Nama, Aliff Syukri Buktikan Gelaran Datuk Diterimanya Asli

Hiburan

“Satu Huruf Tertinggal” – Sistem Salah Eja Nama, Aliff Syukri Buktikan Gelaran Datuk Diterimanya Asli

Gara-gara rimas kerana pangkat Datuk yang diperolehinya sering saja menjadi pertikaian netizen di media sosial, usahawan kosmetik penuh kontroversi Datuk Aliff Syukri akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Kata Aliff, dia telah menerima anugerah itu ketika usianya 30 tahun lagi.

Advertisement

Jelasnya, terdapat kesalahan ejaan di dalam sistem penerima darjah kebesaran yang telah tertinggal satu huruf ‘F’ pada namanya.

Sebenarnya siapa yang salah? Sistem ini menunjukkan saya ada ‘Dato Sri’. Sebenarnya tertinggal huruf ‘f’ jer.

Aliff Syukri yang baru-baru ini dihadapkan ke mahkamah di atas beberapa kes hantaran sumbang di media sosial memaklumkan bahawa dia enggan memperbesarkan isu tersebut.

Tapi tak apalah, kita tak nak besar-besarkan cerita ni. Datuk Sri ke Datuk ke bersyukurlah. Yang penting cukup makan, cukup minum.

Dia dalam pada itu sempat meluahkan rasa sedih dan terkilan di atas kekeliruan yang berlaku sehingga menimbulkan kekecohan di media sosial mengenai isu gelaran Datuk yang didakwa netizen hanyalah palsu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Islam Ke? Atau Kafir?” – Sering Disoal Status Agama, Rupa-Rupanya Kevin Zahri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...