Mengikut statistik terbaru, seorang dari lima penduduk Kelantan menghidap penyakit kencing manis. Malahan, ia negeri yang mempunyai bilangan pesakit kencing manis paling tinggi di negara ini iaitu 300, 000 orang dari 1.68 juta orang penduduk.
Bilangan ini dikatakan berkait dengan corak pemakanan penduduk negeri itu yang gemar kuih-kuih manis seperti kuih Nekbat, kuih Buah Tanjung, Jala Mas dan sebagainya.
Di samping itu, ia juga berkait dengan corak kehidupan yang tidak aktif.
Kencing manis terjadi apabila badan tidak mengeluarkan insulin atau menggunakan insulin dalam badan dengan betul. Ia boleh jadi disebabkan oleh faktor keturunan dan faktor persekitaran.
Tiada penawar bagi sakit ini yang diketahui, tetapi ia boleh dikawal dengan memastikan kandungan gula dalam darah berada pada tahap normal.
Laporan asal: Kosmo!