Pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini tampil meluahkan rasa berang dengan tindakan satu portal hiburan yang didakwa telah memutarbelit kenyataan berkaitan isu seorang pendakwah ‘viral’ yang menggelar suami dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi mereka.
Sharnaaz menzahirkan rasa tidak puas hati itu menerusi satu hantaran di laman Twitternya untuk tatapan peminat.
Aiseh, jangan main putar apa yg keluar dari mulut aku ni mat.. satgi hang yg makan penendang aku.. https://t.co/3xi1x07M3j
— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) November 11, 2022
Aiseh, jangan main putar apa yang keluar dari mulut aku ni mat. Satg hang makan penendang aku.
Ini berikutan portal media itu mendakwa Sharnaaz ingin menampar ustazah viral itu kerana kenyataan pendakwah itu yang menganggap perbuatan memberi salam sesama artis dapat merosakkan roh.
Terdahulu, Sharnaaz pernah mengkritik kenyataan ustazah tersebut di Instagram miliknya dan berkata bahawa dia lebih memilih untuk bersabar daripada memberikan sebarang kata-kata kesat kepada wanita berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.