June 28th, 2012

Kalau semalam Sasha Saidin enggan memberitahu punca sebenar kehadirannya ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini menerusi Kosmo, Sasha mengakui yang dia ke sana untuk mengambil borang penceraian. Namun Sasha enggan berkongsi punca di sebalik permohonan cerainya itu.

sasha saidin cerai

Kata Sasha:-

Buat masa sekarang, saya membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang kenyataan atau menceritakan mengenai perkara yang sebenar sehingga saya membuat keputusan untuk bercerai. Mungkin kalau sudah tiba masa yang sesuai nanti, barulah saya akan mendedahkan tentang permasalahan yang berlaku antara kami berdua. Namun, sekarang ini lebih baik saya berdiam diri sahaja terlebih dahulu.

Hmmm. Kalau sudah nekad dan memang tidak serasi, nampaknya penceraian adalah jalan terakhir buat Sasha dan suaminya, Salyo Priyanto. Abang Nara ingatkan perkahwinan kedua Sasha ini akan kekal sehingga ke akhir hayat tapi nampaknya jodoh mereka berdua hanya sampai di sini sahaja. Apa pun semoga proses penceraian ini dipermudahkan dan tidak meleret. Diharap juga memikirkan soal anak mereka berdua yang kini sudah berusia 3 tahun diselesaikan terlebih dahulu agar tidak menganggu masa depannya.


43 responses to “Sasha Saidin Sahkan Akan Bercerai, Enggan Dedah Punca”

  1. Pandacute says:

    Bukan semua artis asal gaduh je citer kt org,tapi dah lumrah artis ni ape yg die buat reporter cari. terus cerita..one more thing,yg bukan artis pun mana tahu dia tak cerita kt org? mesti die ade cerita gak tapi takkan reporter nak ambik tahu psl BUKAN ARTIS ni.

  2. Ratu Bukit says:

    Dia ni bercerai sebab Salyo tak da duit. Tapi rasa mcm tak patut bini minta cerai masa laki tengah susah.tu la kan..masa belum kawin sanggup susah senang bersama…tapi bila dah kawin, laki susah sikit aja dah minta cerai. Salyo is a good man…sangat sayang kan anak dan sasha..tapi rezeki dia kurang baik…sasha yang suruh husband dia tak menyanyi lagi sbb dia jeles…so husband dia try keja macam2, dari keja dgn company somebody, kena tipu..lepas tu jual al quran eletronik tu, lepas tu jual insuran..dia dah cuba mcm2..tapi rezeki tak da…lepas tu dugaan datang lagi, ayah salyo sakit lama kat hospital, perlukan duit…then ayah meninggal…..Dugaan datang bertimpa2…lepas tu tengah susah2, bini minta cerai…sedih kan?… Ayah Sasha tu pun bercerai dgn emak sasha..lepas tu bapak sasha kawin baru….mesti sasha pun tension kan..dugaan yang bertimpa2…tapi kalau boleh, jgn la sampai bercerai…sedih dgr kalau bercerai sbb duit….

    • niow says:

      mane kau tahu ni wey?? hukhuk

    • i am xoxo says:

      eh, bukan salyo nih kaya ker? confuse sekejap @[email protected]

    • Ratu Bukit says:

      nampak ja mcm kaya, tapi dia biasa2 ja mcm orang lain..kena bekerja mencari rezeki…dia tak da kereta pun…dulu dia org bawak savvy ja pun… ayah sasha yang agak berduit sikit tapi bukan la jutawan….salyo pun dah tak da kat KL, dah balik Indon..ramai sangat orang tuntut hutang dgn dia ni… dia berhutang bukan sebab tak nak bayar tapi dia mmg tak da duit nak bayar.

  3. apa-apa jerk... says:

    aku heran la tgk artis pompuan skrg nie. suka sgt rambut pjg pastu lepas letak kt dada. ikal2 gitu. skali tgk cm hantu pun ada. ingt cntik sgt ke. serabut aku tgk… tu la org melayu, suka sgt ikut fesyen. tk tau elok tk elok. tgk korean kemas jer. rambut pedek @ paras bahu dada. tk ler mpai ke perut, pas tu lepas cm hantu aku tgk… rimas tau tk rimas… sepesen jerkkk.. tk kreatif langsung!!!..

  4. Amier says:

    Kononnya ada pendapat mengatakan banyak kes cerai berlaku kerana masalah seksual. Tak mendapat kepuasan dari pasangan menyebabkan isu-isu remeh rumahtangga diperbesarkan tapi punca asalnya tetap seksual.Betul ke ni?

  5. mariposa says:

    hrp mereka masih ade jodoh…amin..

Loading...