Sasha Saidin (Elite) Sah Cerai Talak Satu

Hiburan

Sasha Saidin (Elite) Sah Cerai Talak Satu

Berita kurang gembira untuk dunia hiburan hari ini apabila Sasha Saidin atau lebih dikenali dengan nama Sasha Elite telah pun disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto. Lafaz cerai telah dilakukan oleh suaminya pada jam 2.55 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Mereka berdua telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

sasha elite cerai

Advertisement

Semasa lafaz cerai diucapkan, Sasha dan Salyo dilihat mengalirkan air mata. Pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan. Salyo telah diperintahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 sebulan kepada Sasha. Yang penting Salyo turut bersetuju untuk memberi nafkah sebanyak RM500 sebulan kepada anak mereka berdua.

sasha

Abang Nara ucapkan takziah kepada kedua-kedua pasangan ini yang telah memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian masalah mereka. Mungkin itu sahaja caranya yang tinggal. Apa pun, Abang Nara doakan agar kebahagiaan bakal menjadi milik mereka juga suatu hari nanti. Kredit info Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

74 Comments

  1. chentalove

    July 11, 2012 at 11:22 am

    smoga mreka brdua sma2 tbah mghadapi dugaan ini…
    yg pnting jgn abaikn anak2..

  2. Aku...

    July 11, 2012 at 11:15 am

    itu la dia tamparan wanita..tpi biasanya kan kalau artis menyanyi lagu y dia org nyanyikan..biasanya akan trkena pada artis itu sendiri..cuba renung2 kan..contohnya zaiton..menaruh harapan..dan ramai artis lain y dh terkena…

  3. Bukan rita

    July 11, 2012 at 10:48 am

    Murah jer byr edah n nafkah..apsal rita rudaini mahal sgt? Tak selesai2 lak tu kes…
    Bukanlah nak suh depa bcerai but…dari simpati naik myampah lak ngan rita…
    Ego…ngaku jelah takleh bpisah….mcm2 alasan n permintaan di buatnya…

  4. mizz

    July 11, 2012 at 9:33 am

    giler trauma mcmni…

  5. miss rose

    July 11, 2012 at 9:10 am

    bercerai sebab dh xde kasih sayang?? alasan yang x logik..cuba pikir, kenapa mak bapak kita boleh hidup bersama lebih 30 tahun..sebab dorang sentiasa usaha nak berkasih sayang…contohnya, mak masak sebab nak jaga hati dan perut suami…pastu si bapak pulak sentiasa jadi imam bila solat..ingat kasih sayang ni wujud bila bersentuhan je ke?????

    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer

      July 11, 2012 at 1:04 pm

      orang dulu2 lain orang sekarang lain ! dulu2 kalau kawin memang setia ngan bini pasal dulu2 tkde karaoke tkde face b tkde cmputer …ape yg laki dorang boleh buat pegi keje balek keja ha gitu lah teros meneros sampai bini beranak sepuloh !!!! sekarang nye laki lain balek keja leh singah kt coffee bean jap bawak lap top lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tu lah beza nye laki dulu ngan laki sekarang………………….

Loading...