Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sasha Saidin (Elite) Sah Cerai Talak Satu

Berita kurang gembira untuk dunia hiburan hari ini apabila Sasha Saidin atau lebih dikenali dengan nama Sasha Elite telah pun disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto. Lafaz cerai telah dilakukan oleh suaminya pada jam 2.55 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Mereka berdua telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

sasha elite cerai

Advertisement

Semasa lafaz cerai diucapkan, Sasha dan Salyo dilihat mengalirkan air mata. Pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan. Salyo telah diperintahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 sebulan kepada Sasha. Yang penting Salyo turut bersetuju untuk memberi nafkah sebanyak RM500 sebulan kepada anak mereka berdua.

sasha

Abang Nara ucapkan takziah kepada kedua-kedua pasangan ini yang telah memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian masalah mereka. Mungkin itu sahaja caranya yang tinggal. Apa pun, Abang Nara doakan agar kebahagiaan bakal menjadi milik mereka juga suatu hari nanti. Kredit info Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

74 Comments

  1. yatie

    July 12, 2012 at 7:28 pm

    Apa2 pun respek kt shasha sebab dia betul2 jaga privacy dan air muka kedua-dua pihak.. sampaikan bila hakim tanya sebab apa nak bercerai pun, dia hanya tulis di atas kertas, dan pass kertas tu pada yang arif supaya org2 dlm open court tu taktahu apa punca dia bercerai.. mesti mereka dah betul2 tiada jalan keluar utk ketidakbahagiaan diorang.. mesti lah mereka dah fikirkan sebaik yg mungkin.. mesti mereka juga berasa malu dan sesal mereka akhirnya terpaksa pilih jalan macam ini. benda ini boleh terjadi kepada sesiapa pun.. sama2 lah kita doakan kebahagiaan masing2 termasuklah kebahagiaan diri kita dan keluarga kita sendiri..

  2. awek cun

    July 11, 2012 at 12:40 pm

    dah tak boleh nak teruskan hidup berdua baik berpisah secara baik macam Shasha ni. Tak le macam rita rudaini, kecoh sana sini aibkan diri sendiri.

  3. kuyom

    July 11, 2012 at 12:03 pm

    satu lagi pasangan sehati berdansa bercerai…kenapa ek?

  4. entah la

    July 11, 2012 at 11:51 am

    tak tau nak komen per…kadang2 artis kawin nie sebab tengok pasangan tu banyak duit…bl tak berduit sayang pun ilang…mls nak komen…

  5. merpati

    July 11, 2012 at 11:30 am

    jodoh shasha smpai di sini saja…redha dhn ketentuanNYA.. apa2 pun kami respek kerana, shasha & suami, tidak membuka aib& kesilapan masing2.. Sbb masing2 ada kesilapan sndiri.. NO press confrence, NO statement to media… rita rudaini, kena ambil langkah mcm shasha… xde siapa tau punca perceraian.. semoga tabah..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top