Berita kurang gembira untuk dunia hiburan hari ini apabila Sasha Saidin atau lebih dikenali dengan nama Sasha Elite telah pun disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto. Lafaz cerai telah dilakukan oleh suaminya pada jam 2.55 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Mereka berdua telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Semasa lafaz cerai diucapkan, Sasha dan Salyo dilihat mengalirkan air mata. Pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan. Salyo telah diperintahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 sebulan kepada Sasha. Yang penting Salyo turut bersetuju untuk memberi nafkah sebanyak RM500 sebulan kepada anak mereka berdua.
Abang Nara ucapkan takziah kepada kedua-kedua pasangan ini yang telah memilih penceraian sebagai jalan penyelesaian masalah mereka. Mungkin itu sahaja caranya yang tinggal. Apa pun, Abang Nara doakan agar kebahagiaan bakal menjadi milik mereka juga suatu hari nanti. Kredit info Mstar Online.