January 21st, 2020

Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya penyanyi dan pelakon Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab hanya dengan sekali lafaz pada jam 9.28 malam semalam.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000 beserta lima berbalas tiga dulang hantaran. Pasangan ini dinikahkan oleh adik Sasha sendiri iaitu Zain Saidin.

Sasha perampas suami orang?

sasha saidin kahwin

 

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, sudah ada kontroversi melibatkan Sasha. Kami menerima satu berita yang agak mengejutkan. Menerusi satu kiriman email, ada sumber mendakwa Sasha menjadi perampas dan punca suaminya bercerai dengan isteri sebelum ini.

Sasha dikatakan menjalin hubungan sulit dengan Sirhan sejak Oktober 2015, sewaktu lelaki itu masih bergelar suami orang. Malah, mereka pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda pada 2019.

sasha saidin

Malah, lelaki itu sebelum ini didakwa mengabaikan bekas isterinya ( ketika itu mereka masih bergelar suami isteri, belum bercerai) dan anak mereka yang baru sahaja berusia beberapa bulan demi mengejar cinta Sasha dan berkahwin dengannya.

Antara sebab Sasha merahsiakan identiti bakal suaminya sebelum ini adalah kerana tidak mahu perkara ini terbongkar. Difahamkan, perkahwinan mereka ini tidak direstui keluarga Sirhan.

sasha saidin sirhan wahab

Dakwaan sumber ini agak berat dan sejauh mana kebenaran disebaliknya tidaklah kami ketahui. Kami berharap pihak Sasha boleh tampil memberikan penjelasan secepatnya agar tidak terus timbul sebarang fitnah.

Kredit Foto : ABPBH 32 & The Glamorous Capture


9 responses to “Sasha Saidin Didakwa Perampas, Punca Keretakan Rumah Tangga Suami Dan Bekas Isteri?”

  1. Chinta says:

    bru je nk ucap tahniah dh ada cter mcm ni… so apakah kebenarannya?

  2. Anonymous says:

    Suami dan isteri masing2 kawin utk kali ketiga…harap2 berkekalan

  3. Anonymous says:

    Tajuk kurang sesuai, Klu laki Tak gatal , boleh ja Tak layan Sasha.. Tp Sasha full blast kot, maklumla usia dah lajut hehehe

  4. cindaiyok says:

    besenye la.. tgk dari kturunan laki ni mmg jnis bengis.. suke mrah maki. besenye la kn…

  5. Anonymous says:

    Sounds right

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...