Tindaka Sasha Saidin yang menuntut hak penjagaan anak secara penuh terhadap suaminya, Salyo Priyanto Notosoesmarsono adalah kerana ingin memudahkan beberapa urusan dokumentasi anak mereka Adam Aryasenna selepas bekas suaminya membuat keputusan untuk kembali semual ke tanah airnya di Indonesia.
Mengakui Salyo sememangnya memberi hak penjagaan kepada Sasha, mereka bagaimanapun tidak pernah memfailkan perkara tersebut di mahkamah syariah secara sah. Malah, bekas suami Sasha tidak menghalang beliau untuk menuntut hak penjagaan anak dengan rasminya.
Bekas suami memang memberi hak penjagaan anak kepada saya tetapi kami tidak pernah memfailkan perkara itu di mahkamah syariah. Bagaimanapun masalah mula timbul tahun lalu ketika saya ingin memperbaharui pasport antarabangsanya yang memerlukan tanda tangan ibu bapa selain saya tidak mempunyai dokumen sah mengatakan Arya diberikan hak penjagaan kepada saya.
Atas sebab itu saya buat tuntutan hak penjagaan secara rasmi di mahkamah dan turut dipersetujui oleh bekas suami tanpa sebarang halangan.
Demi anaknya, Sasha telah melakukan segala hal berkaitan hak penjagaan Arya seorang diri tanpa bantuan peguam. Tambah Sasha beliau memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Disember tahun lalu dan kes berkenaan selesai pada Jun lalu.
Sejak awal saya lakukan semuanya sendiri tanpa bantuan peguam. Sepanjang tempoh itu juga banyak yang saya belajar dan Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.
Sasha Saidin dan Salyo Priyanto Notosoemarsono mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 10 Julai 2012.