Sasar Ceburi Industri Pameran Perdagangan, Catcha Digital Kini Miliki 60% Saham One International

Branded

Sasar Ceburi Industri Pameran Perdagangan, Catcha Digital Kini Miliki 60% Saham One International

Catcha Digital Berhad (Catcha Digital) baru-baru ini mengumumkan langkah strategik terbaru mereka apabila anak syarikat milik penuh, Catcha Connect Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian untuk membeli 60% pegangan saham dalam One International Exhibition Sdn Bhd, di mana ia merupakan penganjur pameran pertanian dan pembinaan terkemuka di Malaysia.

Catcha Digital miliki 60% saham One International

Nilai pengambilalihan ini mencecah RM11.38 juta secara tunai, yang akan dibayar dalam tiga peringkat dalam tempoh 24 bulan.

One International dikenali sebagai penganjur Agri Malaysia, pameran teknologi pertanian B2B terbesar di negara ini yang menjadi platform penting untuk pengeluar, jenama antarabangsa, pengusaha ladang, pekebun, pengimport, pengeksport, pedagang dan pengedar dari seluruh ASEAN.

catcha digital one international

Agri Malaysia 2024 berjaya menarik lebih 400 pempamer dari 11 negara dan 12,000 pelawat dari 35 negara, serta diiktiraf oleh Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI).

“Kami teruja untuk menyokong mereka..”

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove, berkata pengambilalihan ini membuka peluang besar untuk syarikat menceburi industri pameran perdagangan yang berdaya tahan dan menguntungkan, selain melengkapkan portfolio mereka dalam sektor pengiklanan media digital.

Roger dan pasukannya telah membina perniagaan yang luar biasa dengan acara-acara utama yang penting untuk industri pertanian dan pembinaan. Kami teruja untuk menyokong mereka mengembangkan impak ke seluruh Malaysia dan seterusnya.

catcha digital

Roger, yang juga ahli jawatankuasa MACEOS (2024–2026), aktif memacu pertumbuhan industri acara perniagaan dan turut mempromosikan kerjasama perdagangan Malaysia–China.

Dapat membuka lembaran baru buat One International

Roger Lim, Pengarah Urusan One International berkata kerjasama dengan Catcha Digital membuka lembaran baru yang cukup menarik bagi syarikatnya dalam usaha membangunkan serta memperluaskan pameran berprestij yang mampu menghubungkan pemain industri dan merancakkan pertumbuhan perniagaan dalam pelbagai sektor.

Pengalaman mereka dalam media digital dan rangkaian luas yang dimiliki akan menjadi aset berharga untuk kami terus menambah baik, sekali gus memberi lebih nilai kepada pempamer dan pengunjung. Kami teruja untuk memanfaatkan sinergi ini bagi mempercepatkan pertumbuhan dan mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran.

Termasuk cadangan pengambilalihan One International ini, Catcha Digital telah mengumumkan tujuh pengambilalihan strategik dalam tempoh sembilan bulan yang lalu, masing-masing dirancang untuk mengukuhkan kedudukan syarikat dalam ekonomi digital serta memberi sumbangan positif kepada pendapatan pada masa hadapan.

Catcha Digital Ambil Alih Firma Konsultansi Digital Terbaik, Luaskan Keupayaan Pemasaran Digital
2025-03-17 20:36:48

Catcha Digital Ambil Alih Firma Konsultansi Digital Terbaik, Luaskan Keupayaan Pemasaran Digital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...