Sarung Tangan Save Gaza Milik Azizul Hasni Awang Akan Dilelong

Hiburan

Sarung Tangan Save Gaza Milik Azizul Hasni Awang Akan Dilelong

Masihkah anda ingat lagi dengan aksi pelumba basikal negara, Azizul Hasni Awang yang telah mengenakan sarung tangan bertulis Save Gaza ketika Sukan Komanwel 2014? Tindakan Azizul Hasni ini telah mendapat pujian ramai terutamanya dari umat Islam seluruh dunia kerana ia memberi kesedaran kepada jutaan manusia yang menonton acara sukan itu tentang apa yang sedang terjadi di Gaza.

save gaza

Advertisement

Secara jujur Abang Nara kagum dengan keberanian Azizul Hasni lebih-lebih lagi apa yang dilakukan berkemungkinan menjejaskan kariernya. Namun Alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik. Kini untuk terus membantu rakyat Gaza, sarung tangan Save Gaza ini bakal dilelong kepada pembida tertinggi bersempena dengan Majlis Makan Malam Amal Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Wang yang bakal diperolehi akan didermakan 100% untuk Gaza.

save gaza

Untuk anda yang berminat, anda boleh membida secara online di laman web www.imammalaysia.org. Namun pembidaan akan diteruskan pada malam majlis makan malam tersebut. Pembidaan secara online akan tamat pada jam 5 petang, 1 Oktober 2015.

save gaza

Selain itu, pada majlis makan malam ini juga, Dr Mads Gilbert akan turun padang dan memberikan sedikit kata-kata, ulasan dan berkongsi pengalaman tentang Gaza. Pastinya ia akan memberi satu perspektif baru buat kita semua. Jadi kalau anda ingin mendengarnya sendiri, boleh juga menempah meja atau kerusi sekaligus menghadiri majlis ini. Boleh hubungi nombor yang tertera di atas.

save gaza

Dr Mads Gilbert juga akan berkongsi pengalamannya di Kelab Golf Bukit Kiara pada 3 Oktober 2015 seperti yang tertera pada poster di atas. Abang Nara pun teringin nak pergi dengar. Pasti menarik.

Azizul Hasni Awang ingin bersama kita Majlis Makan Malam Amal anjuran kami, namun sekarang beliau berada di Australia kerana sedang menjalani latihan.Tapi tak mengapa, beliau titipkan video ini buat kita semua.Jom sertai kami dalam lelongan amal sarung tangan #savegazaglove.Kerana anda, kami buka lelongan secara online di http://imamalaysia.org/wp/?p=884.Jom sertai lelongan.Untuk tempahan meja makan malam amal kami pada 1 oktober ini di Hotel Ixora Pulau Pinang, sila hubungi:1. En Mohd IkhwanEmail:[email protected] : +601255007152. Dr Jasmin JalilEmail:[email protected] : +60 126543438#SaveGazaGlove #IMAM #IMARET

Posted by Persatuan Perubatan Islam Malaysia on Thursday, September 24, 2015

Maklumat lanjut jangan lupa LIKE Facebook Perubatan Islam Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...