Sarung Tangan Getah Dan Minyak Sawit, Produk Malaysia Sokongan Utama Bantu Perangi COVID-19

COVID-19

Sarung Tangan Getah Dan Minyak Sawit, Produk Malaysia Sokongan Utama Bantu Perangi COVID-19

Produk komoditi keluaran Malaysia ternyata berkualiti tinggi sehingga dipuji oleh negara yang menguasai ekonomi terbesar dunia apabila produk sarung tangan getah menjadi penyelamat kepada ribuan masyarakat buat masa ini. Sarung tangan getah antara keperluan petugas di barisan hadapan untuk melindungi diri apabila berhadapan dengan pesakit COVID-19.

65 peratus atau bersamaan 225 bilion helai sarung tangan yang diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) adalah sarung tangan yang diimport dari Malaysia. Fakta menarik itu dikongsi oleh Kedutaan Besar Amerika Syarikat di laman Twitter rasminya.

Advertisement

Sebelum itu, Malaysia telah dikecam oleh AS berikutan dakwaan yang dibuat terhadap sebuah syarikat tempatan yang menggunakan perkhidmatan buruh paksa dalam mengendalikan operasinya. Berikutan kes tersebut, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan AS mengambil tindakan untuk menyekat kemasukkan sarung tangan getah pakai buang keluaran sebuah syarikat WRP Asia Pacific Sdn Bhd yang berlokasi di Sepang.

sarung tangan getah

AS tidak mempunyai pilihan selain menarik balik sekatan yang dikenakan pada 23 Mac apabila menerima permintaan yang melambung tinggi di samping kekurangan bekalan sarung tangan akibat penularan pandemic COVID-19.

Namun eksport WRP hanya mampu memenuhi permintaan sebanyak 3 bilion helai sedangkan AS meminta hampir 170 bilion helai yang mewakili 32 peratus jumlah permintaan dunia.

Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) tidak mempunyai ikhtiar lain selain mendapatkan kebenaran kerajaan untuk beroperasi secara penuh walaupun berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini untuk membantu memenuhi segala permintaan dalam dan luar negara.

Malaysia dikenali sebagai salah satu negara pengeluar sarung tangan perubatan, oleh itu langkah yang diambil MARGMA dapat menampung bekalan kegunaan hospital dan petugas kesihatan ketika ini. Dijangkakan tahun ini MARGMA mampu menyumbangkan hampir 225 bilion helai sarung tangan yang meliputi 65 peratus keperluan dunia.

Lain pula kisah satu lagi pengeluar tempatan produk yang berasaskan getah iaitu kondom. Pengeluaran kondom dijangkakan akan berlaku pengurangan yang mendadak kerana perlu menghentikan seketika operasinya susulan arahan PKP.

Karex Berhad, syarikat yang mengeluarkan satu daripada lima kondom dunia tidak dapat mengeluarkan sebarang produk sejak 18 Mac yang lepas sejurus PKP dilaksanakan.

Terdapat laporan yang mendedahkan pengurangan jumlah kondom sehingga 100 juta unit yang dibekalkan kepada sistem penjagaan penjagaan kesihatan negara seperti NHS Britain atau program bantuan seperti Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Setelah tempoh PKP diumuman untuk dilanjutkan sehingga 14 April, bekalan kondom juga bakal menghadapi tekanan. Dek kekurangan yang drastik itu kemungkinan besar kelahiran bayi yang ramai dalam tempoh 10 bulan atau seterusnya akan berlaku.

minyak sawit

Minyak sawit Malaysia juga mempunyai peranan yang signifikan dalam membantu dunia menyekat wabak COVID-19. Bahan yang terkandung dalam pembuatan minyak sawit yang dikeluarkan Malaysia digunakan sebagai pengganti bahan surfaktan berasaskan petroleum. Bahan ini diperlukan untuk menghasilkan sabun dan pencuci.

Dikira secara purata, Malaysia mampu mengeksport kira-kira 20 juta tan minyak sawit mentah. Penganalisis memberi kebimbangan bahawa pengeluaran tersebut akan terjejas sekiranya wabak COVID-19 tidak menunjukkan sebarang penurunan sekali gus menghalang keupayaan negara untuk memenuhi permintaan secara global.

Ini kerana terdapat susutan dari jumlah simpanan minyak sawit Malaysia sebanyak 4.2 peratus. Daripada bulan sebelumnya 1.76 juta tan kepada Februari 2020 sebanyak 1.68 juta tan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...