Melalui platform Threads, nama isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menjadi bualan hangat warganet susulan sikapnya yang didakwa terlalu ‘over’ ketika di dalam program realiti Astro, Talk To My Manager (TTMM).
Dakwa netizen, Ina dikatakan sering memotong cakap juri yang sedang memberi komen kepada persembahan anaknya, Hadie.
Malah, wanita itu juga didakwa terlalu bersikap defensif seolah-olah tidak mahu menerima komen daripda juri, hinggakan melawan cakap Dato’ Ramli Mohammad Salleh yang merupakan juri program berkenaan.
Ina naim ni kena rilek sikit kot. Potong cakap juri, pastu melawan cakap tokram. Sarimah ibrahim sampai perli dia pengacara.
Susulan hantaran luahan tidak puas hati dengan sikap Ina itu tular, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu berkenaan yang merasakan Ina perlu lebih bersikap tenang.