Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Rancang Bulan Madu Di New York

Hiburan

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Rancang Bulan Madu Di New York

Pasangan Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin atau mesra dengan gelaran Tunku Jamie yang baru sahaja bergelar suami isteri pada hari Khamis lepas, memilih kota New York sebagai lokasi bulan madu mereka.

Mengakui ini bukanlah kali pertama mereka kesana, Sarimah menjelaskan percutian mereka kali ini akan lebih seronok sebelumnya dan mahu menjejakkan kaki ke Empire State Building. Tidak dapat dinafikan pemandangan serta suasana pada waktu malam di Empire State Building cukup memukau dan romantis buat pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berkahwin.

Advertisement

Sebenarnya, saya pernah ke New York sebelum ini. Sewaktu kunjungan pertama itu, saya sangat-sangat seronok dan terfikir untuk datang lagi ke New York suatu hari nanti. Jadi apabila memikirkan destinasi honeymoon, saya terus terbayangkan New York.

Kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman yang menyeronokkan di New York bersama-sama Tunku Jamie. Saya mahu ajak Tunku Jamie ke Empire State Building.

Berbicara soal cahaya mata, Tunku Jamie yang kini lebih matang dalam perhubungan menyatakan beliau sudah bersedia untuk membina keluarga bersama Sarimah dan berharap perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Saya banyak belajar daripada kegagalan saya sebelum ini. Mungkin dulu, saya belum matang. Tapi kini, saya sudah benar-benar bersedia untuk membina keluarga bersama Sarimah.

Tuhan telah berikan saya peluang kedua. Jadi, saya berharap agar perkahwinan kami kekal selamanya.

Semoga segala hasrat Tunku Jamie dan Sarimah akan tercapai. Jadikan kesilapan lalu sebagai garis panduan untuk menempuh kehidupan baru bersama orang baru. InshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

Sumber Berita&Foto: Mangga Online

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...