Sarimah Ibrahim, pengacara yang dikenali di luar negara kerana rancangan The Biggest Loser Asia akan mengorak langkah sebagai pelawak di Hollywood tidak lama lagi. Semuanya adalah hasil perkenalannya dengan pelawak terkenal Hollywood yang muncul dalam filem Iron Man dan You Don’t Mess With The Zohan, Ahmed Ahmed.
Dia mengagumkan. Dia juga ada tweets mengenai saya. Dia tanya jika saya berminat untuk membuat persembahan pembukaan untuknya di persembahan jelajah. Katanya dia belum pernah bertemu dengan wanita Muslim berbangsa kacukan Irish dan Melayu Malaysia yang kelakar seperti saya.
Dia memberitahu TheDailyChilli begitu ketika membuat persembahan lawak pembukaan untuk persembahan lawak Ahmed di Berjaya Times Square baru-baru ini.
Ramai peminat saya di Malaysia yang mengenali saya melalui rancangan televisyen berbahasa Melayu sepanjang 14 tahun lepas tidak menjangka saya boleh menjadi kelakar bila berbahasa Inggeris. Peminat saya yang berbangsa asing di Australia dan UAE yang mengenali saya melalui The Biggest Loser Asia mahu saya membuat persembahan lawak stand-up sendiri.
Belum ada tarikh yang ditetapkan untuk peranannya dalam slot tetamu di persembahan jelajah dunia Ahmed, yang turut melibatkan Amerika Syarikat, tetapi Sarimah berkata:
Sekarang dia berada di Amerika Syarikat. Kami masih berbincang. Saya tidak akan mengatakan tidak untuk mengadakan persembahan bersama Ahmed.
Kalau begitu, bolehlah kita memanggil Sarimah dengan gelaran ‘Maharani Lawak’!