Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sarimah Ibrahim Bakal Bernikah Dengan Tengku Jamie 2 April Ini

Selebriti jelita Sarimah Ibrahim nampaknya sedang menghitung hari untuk bergelar isteri tidak lama sahaja lagi.

Sarimah yang popular sebagai penyampai radio, pengacara serta pelakon telah menetapkan tarikh 2 April 2014 untuk mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 10 iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau mesra disapa Tengku Jamie.

Advertisement

Majlis nikah dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama di Hotel Prince bermula sebelah pagi dan bersanding pada malamnya. Keesokan harinya akan diadakan resepsi ala Barat di lokasi sama pada jam 8 malam.

Pasangan Sarimah dan Tengku Jamie  telah berkenalan selama sembilan bulan dan mengikat tali pertunangan pada 27 September 2014.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Sarimah dan Tengku Jamie. Pada tahun 2006 Sarimah pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka dari Australia iaitu Amir Andrew Abdullah dan bercerai pada tahun 2008.  Tengku Jamie juga merupakan seorang duda tetapi tidak mempunyai anak.

Harapnya Sarimah dan Tengku Jamie kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dalam perkahwinan kali ini. Jadikan kesilapan masa lalu sebagai pengajaran untuk membaiki diri masing-masing. Sikap tolak ansur itu penting, InshaAllah semua akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: BHONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top