Berita sedih buat para peminat dunia hiburan tanah air. Desas-desus mengenai penceraian pelakon jelita Sari Yanti telah pun disahkan melalui Harian Metro hari ini. Telah berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady pada 16 Januari 2009, Sari Yanti dikatakan telah memfailkan permohonan penceraian pada 25 Februari lalu.
Hasil perkahwinan mereka, Sari Yanti dan suami telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang masing-masing berusia 4 dan 2 tahun. Sepatutnya Sari Yanti dan suami menghadiri proses sulh pertama semalam di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik.
Namun ketiadaan Eddy Casmady yang ke luar negara atas urusan kerja menyebabkan proses sulh ini tidak dapat dilangsungkan semalam. Takziah diucapkan atas Sari Yanti sekeluarga atas berita kurang baik ini. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari. Kalau tak bercerai lagilah bagus. Kenangkanlah anak-anak anda yang masih kecil.
P.S: Melambung ke udara kerana langgar lampu isyarat merah