Selepas kehilangan isteri tercinta, Shuib perlu menggalas tanggungjawab yang besar untuk membesarkan keempat-empat cahaya matanya tanpa isteri disisi, lagi-lagi buat Ayash Affan yang baru saja beberapa hari lepas dilahirkan.
View this post on Instagram
Di ruangan komen video berkenaan, terdapat pelbagai komen daripada netizen yang tersentuh hati melihat Shuib seorang diri menggalas tanggungjawab besar ini dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Ada juga yang berpendapat bahawa ibu susuan yang paling sesuai buat Ayash Affan ketika ini adalah isteri kepada sahabat Shuib iaitu Jep Sepahtu. Tambah lagi, Sari Yanti mempunyai anak yang masih kecil yang baru saja dilahirkan.
Apapun, ini hanyalah pandangan daripada netizen sahaja. Semoga Shuib terus kuat menggalas tanggungjawab ini untuk membesarkan keempat-empat anaknya itu dengan baik.