February 19th, 2019

Salam takziah diucapkan kepada pasangan suami isteri Jepp Sepahtu dan Sari Yanti atas berita sedih ini. Pelawak dan penyampai radio Sinar FM telah memaklumkan menerusi Instagram bahawa isterinya mengalami keguguran ketika usia kandungan anak kedua mereka mencecah 3 bulan. Berita sedih ini diketahui selepas bayi di dalam kandungan tidak bergerak ketika Jepp dan Sari Yanti melakukan “check up”.

sari yanti keguguran

Tulis Jepp:-

Minggu lepas abah bawa eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya.

sari yanti keguguran

Semoga segala urusan pembedahan akan berjalan dengan lancar. Semoga Jepp dan Sari Yanti tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah akan ada rezeki untuk menimang lagi cahaya mata selepas ini. Sama-sama kita doakan.


16 responses to “Sari Yanti Keguguran, Bakal Jalani Pembedahan”

  1. ezze says:

    sari ni lawaaaa sgt!comel je.lps pki tudung bertambah lawa dia ni.takziah.insyaALLAH ,ALLAH akan ganti yang lebih baik buat kalian

  2. Eliesa says:

    Di awal kehamilan tak boleh bergerak aktif sangat, risiko. Dan sepanjang kehamilan elak mengurut atau rekflesologi, juga risiko. Takdir Allah, semoga tabahlah…

  3. kecik says:

    Salam takziah..

  4. faraj says:

    Salam Takziah Jep…yg penting ko selamat dari malapetaka yg Shuib tk join ko kt Sinar..!!! sipendek shuib tu memang Majal, dr Zaman Mamat sampai sekarang perasan Bagus…..(Sepah Berpecah pun pasal mulut jahat Shuib ni)..akak saya dh bising camgini..” Aduii mampuiiii Hot FM..” malas nk dgr dh Hot FM kalo Shuib ader…, tk tahu lah apa tangkal sipendek Shuib tu pakai , gi mana pun org Benci.(Sebab perasan bagus)…!!

  5. Anonymous says:

    aku 2 bulan keguguran, x perlu pegi bedahpun, tpi skrg ok je.

Loading...