February 19th, 2019

Salam takziah diucapkan kepada pasangan suami isteri Jepp Sepahtu dan Sari Yanti atas berita sedih ini. Pelawak dan penyampai radio Sinar FM telah memaklumkan menerusi Instagram bahawa isterinya mengalami keguguran ketika usia kandungan anak kedua mereka mencecah 3 bulan. Berita sedih ini diketahui selepas bayi di dalam kandungan tidak bergerak ketika Jepp dan Sari Yanti melakukan “check up”.

sari yanti keguguran

Tulis Jepp:-

Minggu lepas abah bawa eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama eya selamat operation harini ya.

sari yanti keguguran

Semoga segala urusan pembedahan akan berjalan dengan lancar. Semoga Jepp dan Sari Yanti tabah menghadapi dugaan ini. Insya Allah akan ada rezeki untuk menimang lagi cahaya mata selepas ini. Sama-sama kita doakan.


16 responses to “Sari Yanti Keguguran, Bakal Jalani Pembedahan”

  1. Manusia hina says:

    Hmm..Allah memberi..Allah juga tarik balik apa yg diberi..saya pun miscarriege..tgh tunggu apa yg doktor nk bt lepas ni..mudah2an Allah permudahkan..amin..

  2. Anonymous says:

    Aku rasa dia bukan pembedahanlah, mungkin cuci je kot. Biasanya kalau gugur di awal kehamilan ni, cuci je. Tapi tak tahulah, mungkin lain orang, lain situasinya.

Loading...