July 1st, 2020

Menanti kehadiran cahaya mata bersama suaminya pelakon Aidil Aziz yang dikhabarkan bakal dilahirkan sekitar penghujung Julai ini, pelakon jelita Fasha Sandha berkongsi berkenaan beberapa masalah kesakitan anggota badan yang dialaminya ketika sarat mengandung.

fasha sandha sakit ketika hamil

Menurut Fasha, dia mengalami bengkak di bahagian kaki dan masalah kesakitan saraf atau ‘Carpal Tunnel’ pada bahagian tangan.

kisah itu dikongsi Fasha kepada umum di salah sebuah posting di laman Instagramnya baru-baru ini.

View this post on Instagram

Kaki kiri kami bengkak teruk, tangan pula dua2 belah kena Carpal tunnel . Doktor kata tak payah risau semua ni akan berakhir lepas bersalin. Suami tolong urut2 setiap hari Alhamdulillah. Terima kasih suami ku I can’t live without you my hero and my kids #iburayfalraysha . Ok siapa yang kenal makcik2 pakar urut orang hamil (yang bertauliah) please DM me ok. Thanks ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Kaki kiri saya bengkak teruk, tangan pula dua-dua belah kena Carpal Tunnel, doktor kata tak payah risau semua ni akan berakhir lepas bersalin.”

Bagaimanapun, Fasha turut menzahirkan rasa syukur apabila kesakitan itu bagai lega kerana Aidil selalu mengurutnya setiap hari.

“Suami tolong urut setiap hari, Alhamdulillah, terima kasih suamiku, saya tak boleh hidup tanpa awak dan anak-anak.”

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikutnya turut berkongsi tips penjagaan kesihatan ketika berbadan dua, malah pada masa yang sama wujud juga segelintir peminatnya yang tidak putus-putus mendoakan agar urusan untuk melahirkan anak nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Ilahi.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil telah melangsungkan pernikahan pada 30 Mac tahun lalu. Ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasa dan pertama untuk Aidil.

Sebelum ini, Fasha pernah menjalinkan hubungan suami isteri dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih mesra disapa Jejai pada 27 April 2012. Namun ikatan perkahwinan pasangan itu disahkan terlerai selepas kedua-dua mereka memutuskan untuk berpisah pada 20 Januari 2016.

fasha sandha sakit ketika hamil

Hasil perkahwinan itu, Fasha dan Jejai dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.


One response to “Sarat Menunggu Tarikh Bersalin, Fasha Sandha Alami Sakit-Sakit Badan”

  1. kiah says:

    hmm.. tesembul pusat.. jge jgk ahklak pemakaian ye..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...