Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sarat Hamil 7 Bulan : Hanis Zalikha Masih Aktif Biarpun Perut Semakin Membesar

Walaupun sedang sarat hamil 7 bulan, Hanis Zalikha tidak boleh duduk diam dan masih aktif dengan pelbagai jenis perniagaan.

Advertisement

Memang saya tidak boleh duduk diam, biarpun perut semakin membesar. Harapnya anak yang bakal lahir ini akan menerima tempias semangat saya yang tidak pernah berhenti bekerja. Saya masih keluar rumah menghadiri mesyuarat dan menguruskan hal berkaitan perniagaan.

Hanis juga sempat berkongsi pengalaman beliau hamil anak pertama. Buat Hanis, beliau merasa agak sukar apabila sering merasa loya setiap pagi selain mempunyai alahan.

Namun, beliau tetap tabahkan hati dan percaya mungkin Allah SWT ingin mempermudahkan urusan beliau ketika bersalin nanti.

Ia agak mencabar kerana saya belum biasa berdepan dengan situasi ini. Kebiasaannya, wanita hamil akan mengalami alahan teruk pada trimester kandungan tetapi saya pula hingga ini, masih muntah-muntah. Cuak juga tetapi saya cuba cekalkan diri dan menganggap ia sebagai ujian Allah. Mungkin Allah ingin pemudahkan semua urusan saya ketika bersalin kelak, insya-Allah.

Advertisement

Ramai yang ingin tahu apakah jantina anak pertama Hanis dan Hairul Azreen. Tiada niat untuk berahsia, pasangan ini masih belum bersedia untuk berkongsi jantina anak mereka kepada umum.

Hanis dijangka akan bersalin pada tanggal 5 Jun depan iaitu tarikh yang sama dengan hari perkahwinan beliau dan Hairul.

Bagus Hanis ni, walaupun sedang hamil masih lagi bersemangat untuk menguruskan setiap perkara berkaitan perniagaan beliau. Semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar buat Hanis.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama