Ada pelbagai cara untuk kita meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Ada yang pergi bercuti bersama-sama, pergi mandi swimming pool, pergi tengok wayang dan macam-macam lagilah. Selalu aktiviti sebegini dilakukan pada hujung minggu. Iyerlah, Isnin sampai Jumaat masing-masing kerja kan. Hari Sabtu dan Ahad je lah yang tinggal untuk kita luangkan masa berkualiti bersama isteri dan anak-anak.
Hari Ahad yang lalu, Abang Nara telah membuat satu aktiviti bersama keluarga yang teramatlah simple tetapi menyeronokkan. Kitorang bangun awal-awal pagi dan pergi berkelah di padang permainan sebelah rumah sambil makan sarapan pagi. Best!!!
Abang Nara pukul 7 pagi dah pergi beli sarapan pagi di McDonald’s. Semangat tak ingat. Tapi sudah tentu yang paling excited ialah Aariz dan Arissa. Si Arissa tue siap tolong bawakkan Tikar McD.
Sampai-sampai je, terus wife Abang Nara membuka Tikar McD untuk dijadikan tempat perkelahan.
Dah ada tikar, kenalah ada makannnya. Apo lagi. Masa untuk membuka McDonald’s yang telah dibeli awal pagi tadi.
Nasib baiklah cuaca tak panas sangat dan ada pokok yang meredupkan suasana. Seronok je kitorang duduk di bawah pokok sambil menikmati udara pagi yang segar.
Sebelum makan kita selfie dulu. Hehehe..
Aksi selepas selfie ini tidak dapat dirakamkan akibat semuanya sedang sibuk makan McDonald’s di atas Tikar McD. Seronok juga sekali sekala makan sarapan pagi di luar sambil angin sepoi-sepoi bahasa. Lepas nie nak jadikan amalan mingguan lah. Budak-budak pun seronok dapat keluar rumah. Yang penting, dapat luangkan masa berkualiti dengan keluarga tercinta. Bukan senang tue.
Seronok juga pagi-pagi bersarapan pagi McDonald’s bersama keluarga tercinta di atas Tikar McD. Hubungan kekeluargaan bertambah mesra, anak-anak seronok serta Abang Nara selaku ayah pun dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama isteri dan anak-anak. Nampak gayanya lepas ini setiap hujung minggu confirm kami akan berkelah macam ini. Terima kasih McDonald’s untuk Tikar McD yang awesome ini.
Buat anda yang ingin berkelah sambil bersarapan pagi bersama keluarga tercinta, Abang Nara ada beberapa Tikar McD untuk diberikan kepada anda. Bolehlah guna untuk jadi lapik sambil makan-makan. Jangan risau Tikar McD nie kualitinya tip top. Lepas tue boleh lipat untuk senang dibawa ke mana-mana. Anda cuma perlu komen apa yang anda ingin lakukan dengan Tikar McD di ruangan komen di bawah. Yang paling kreatif akan menang. Abang Nara ada 15 Tikar McD untuk diberikan. Selamat mencuba!!!
Semoga yang bakal menang Tikar McD daripada McDonald’s ini akan menggunakannya untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama sendiri.
PS: Jangan lupa dapatkan Tikar McD anda di lokasi-lokasi berikut
19 Mac 2016
Kepong Metropolitan Park
8:40 pagi – 9:40 pagi
20 Mac 2016
KL – Taman Botani Negara Shah Alam
8:40 pagi – 9:40 pagi
26 Mac 2016
Penang – Botanical Garden
8:40 pagi – 9:40 pagi
27 Mac 2016
Perak – Taiping Lake Garden
8:40 pagi – 9:40 pagi
2 April 2016
Johor – Taman Rekreasi Bukit Indah
8:40 pagi – 9:40 pagi
3 April 2016
KL – Taman Titiwangsa
8:40 pagi – 9:40 pagi