“Saran Sebat Pesalah Zina Depan Masjid, Beri Keinsafan” – Hassan Mahmood

Trending

“Saran Sebat Pesalah Zina Depan Masjid, Beri Keinsafan” – Hassan Mahmood

TRP-Sebat-M-600x360

Kerajaan negeri disaran untuk mempertimbangkan cadangan supaya mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah yang melakukan zina sebagai satu langkah pencegahan dan menginsafkan rakyat.

Advertisement

Saranan itu disuarakan oleh Datuk Hassan Mahmood ketika membahaskan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam sidang Dun Kelantan semalam.

Beliau mengumumkan cadangan itu ketika menyentuh mengenai hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu diteruskan, bukan sahaja dalam aspek pembangunan tetapi hukuman hudud.

Saya mencadangkan kepada kerajaan, sebelum berjaya menjalankan Kanun Jenayah Syariah kita laksana setakat mampu

Hukuman sebat, sekarang ini walaupun bidang kuasa mahkamah syariah hanya enam sebatan sahaja yang diizinkan oleh undang-undang, maka kita buat yang enam dahulu,” katanya semalam.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya hukuman itu dilakukan pada hari Jumaat, dan sekiranya boleh dilaksanakan di hadapan masjid.

Kalau boleh kerajaan negeri cuba buat persiapan di masjid utama di setiap jajahan, sediakan tempat untuk melaksanakan sebatan kepada pesalah,” katanya.

Beliau memberikan contoh kes yang berlaku di Sabah dimana seorang lelaki dihukum sebat di pekarangan Mahkamah Tinggi Tawau akibat kesalahan berzina.

Satu kes melalui seorang peguam, kesalahan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80 (1) AKJS Sabah 1995, pesalah itu dikenakan enam kali sebatan di dewan mahkamah pada 29 September 2015, disaksikan 40 jemputan khas,” katanya.

Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah supaya memikirkan, sekiranya tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang

Walaupun enam sebatan kita laksanakan di khalayak ramai, ia adalah untuk memberikan keinsafan kepada orang yang menyaksikan supaya tidak melakukan perkara sama,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...