Saran PM Tidak Terlibat Dalam Pelantikan Kehakiman Negara, Nazri Aziz Cadang Tengku Maimun Diambil Tindakan – “Anwar Tak Pernah Campur Tangan”

Berita

Saran PM Tidak Terlibat Dalam Pelantikan Kehakiman Negara, Nazri Aziz Cadang Tengku Maimun Diambil Tindakan – “Anwar Tak Pernah Campur Tangan”

Bekas menteri undang-undang, Nazri Aziz hari ini membidas kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menyuarakan kebimbangan berhubung campur tangan politik dalam pelantikan kehakiman.

Bercakap kepada FMT, Nazri menyifatkan kenyataan tersebut sebagai serius dan wajar disiasat.

Advertisement

tengku maimun

“Beliau kata ada campur tangan politik. Jika ya, bila? Tunjuk bukti pada kita,” katanya, mengulas ucapan Tengku Maimun pada 8 April lalu dalam Persidangan Undang-undang Komanwel di Malta.

Dalam ucapannya, Tengku Maimun menggesa agar perdana menteri tidak lagi terlibat dalam proses pelantikan hakim, dengan menyatakan bahawa perubahan itu akan memastikan keadilan lebih telus dan berdasarkan merit.

Ia akan mengukuhkan kesaksamaan proses dan memastikan pelantikan adalah berdasarkan merit dan bebas pengaruh politik.

Namun menurut Nazri, sistem pelantikan semasa adalah berlandaskan konvensyen undang-undang British yang diserap ke dalam Perlembagaan Persekutuan ketika kemerdekaan.

nazfi aziz

Kita ikut konvensyen sistem United Kingdom, di mana pelantikan hakim dibuat Agong berdasarkan nasihat perdana menteri. Ini diamalkan sejak berdekad.

Nazri turut menegaskan bahawa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang ditubuhkan pada 2009 — ketika beliau menjadi menteri undang-undang — telah memperkukuh ketelusan sistem sedia ada.

Beliau juga menafikan sebarang campur tangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam sistem kehakiman, sambil memetik keputusan-keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada kerajaan, termasuk kes pertikaian tanah Semantan Estate dan sabitan terhadap Najib Razak.

Jika Anwar campur tangan, Najib tidak akan ke penjara… Mahkamah yang menjatuhi hukuman. Lembaga pengampunan pula yang menyemak kesnya. Di mana campur tangan?

Nazri menyuarakan rasa terkejut dengan kenyataan Tengku Maimun yang dibuat ketika masih menyandang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara, lebih-lebih lagi ketika berada di luar negara.

Beliau turut mengingatkan bahawa ketua hakim negara seharusnya menjunjung prinsip pengasingan kuasa dan tidak terlibat dalam dasar atau politik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kesultanan pahang
22 hours ago

"Saya Pun Naik Darah" – Al-Sultan Abdullah Bersikap Tegas Berhubung Kes Pencerobohan Tanah Di Pahang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...