“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah” – Video Arwah Siti Sarah Cerita Tentang Kematian Raih Perhatian

Hiburan

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah” – Video Arwah Siti Sarah Cerita Tentang Kematian Raih Perhatian

Sehingga kini,  pemergian penyanyi terkenal yang juga isteri Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah masih meruntun hati ramai orang termasuklah mereka yang tidak mengenalinya secara peribadi.

Rata-ratanya menyifatkan pemergian arwah dicemburui dan mengagumi perubahan dirinya saban tahun yang lebih mendekatkan diri pada Allah SWT sebelum meninggal dunia.

Advertisement

Meskipun sudah setahun lebih arwah pergi meninggalkan kita, masih banyak kisah kebaikan Sarah yang kita dengari di media sosial termasuklah rakaman video lama.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok selepas ia dimuat naik oleh seorang individu di mana ia memaparkan Sarah yang sedang bercerita tentang pengalamannya diserang anxiety.

Sarah rasa nak matilah. Macam malaikat dah duduk sebelah dah. Ok masa aku dah sampai.”

@marbellanne11

? Cinta Tak Dihargai – Rheka Restu

Video itu meraih perhatian ramai warganet di mana rata-ratanya berkongsi tentang kisah mereka atau ahli keluarga yang melalui pengalaman yang sama.

Dalam pada itu, sesetengah individu bercakap tentang peribadi Sarah dan ada yang akui rasa seperti arwah masih lagi ada di dunia ini.

2 years ago

Shuib Akui Nikahi Watie Demi Tunaikan Hasrat Siti Sarah - "Arwah Nak Saya Besarkan Anak-Anak Dengan Baik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...