Sarah Pengikat Kasih Ashraf Muslim, Dayana & Wan Sakinah

Hiburan

Sarah Pengikat Kasih Ashraf Muslim, Dayana & Wan Sakinah

Suka sangat Abang Nara membaca luahan hati Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah mengenai kehidupan berumah tangga mereka. Kebahagiaan mereka sememangnya harus menjadi contoh kepada mana-mana suami yang mahu beristeri lebih daripada satu. Respek dan tabik hormat Abang Nara kepada ketiga-tiga mereka terutamanya kepada Dayana yang kini redha dengan suratan takdir dirinya. Tambah menarik, Dayana dan Sakinah kini ‘best friend’ lebih-lebih lagi dengan kehadiran Sarah Ashraf, anak Sakinah dan Ashraf Muslim.

ashraf muslim sekeluarga

Advertisement

Kalau dahulunya Dayana pasrah, kini isteri pertama Ashraf Muslim itu sudah redha. Hubungannya dengan Sakinah semakin erat sehingga tidur sekatil untuk menjaga Sarah ketika Ashraf Muslim bekerja di luar. Kata Dayana:-

Walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu.

Malah, kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah.

Alhamdulillah selepas pulang dari umrah dan dikurniakan Sarah, doa saya dimakbulkan. Sikit demi sikit Allah tunjukkan jalan bahawa pilihan dilalui ada hikmah sangat besar.

Ada sebab Allah belum kurniakan anak kepada saya lagi pada masa ini, apatah lagi apabila difikirkan situasi kerja saya yang tidak menentu dan lasak.

sarah ashraf

Terbaik kan? Kagum Abang Nara dengan sifat kepimpinan seorang suami yang ditunjukkan oleh Ashraf Muslim. Namun agak kelakar juga apabila Ashraf Muslim bergurau yang hubungan kedua-dua isterinya semakin erat sampai dia kena gosok baju sendiri. Hehehe. Kata Ashraf:-

Banyak perubahan berlaku disebabkan Sarah. Saya sering beritahu mereka, ini anak kita. Saya seronok sebab banyak perkara dilalui sebelum ini, Allah tunjukkan hikmahnya.

Hubungan kedua-dua isteri saya juga semakin erat ibarat kawan baik. Sampaikan saya kadangkala terpaksa menggosok baju sendiri.

Bila dapat rapatkan mereka, saya lebih mudah mengurus keluarga. Saya juga sering bawa mereka ke majlis ilmu untuk bekalan bersama.

Orang selalu tanya bagaimana saya bersama isteri? Pertama sekali, solat berjemaah dan berdoa untuk kesejahteraan semua. Saya bagi mereka tahu, dalam doa saya, ia untuk kesejahteraan kita.

Paling penting ialah saya dan keluarga saya, sebab ini keluarga yang akan saya pimpn sampai akhir hayat. Saya kena buktikan kepada semua pihak yang saya boleh bahagiakan keluarga sendiri.

Harap masyarakat turut mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga.

sarha ashraf

Ada beberapa tips yang telah diberikan oleh Ashraf Muslim menerusi kata-katanya di atas. Kalau anda ada niat nak pasang dua, bolehlah praktikkan tips-tips tersebut. Kepada Ashraf, Dayana dan Wan Sakinah, Abang Nara yakin ramai yang gembira melihat kebahagiaan anda. Semoga ia berkekalan ke akhir hayat. Tahniah buat anda bertiga. Info asal Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...