Sarah Hildebrand Umum Kahwin Kekasih Kacukan Filipina-Amerika 3 November Ini!

Hiburan

Sarah Hildebrand Umum Kahwin Kekasih Kacukan Filipina-Amerika 3 November Ini!

Walaupun mengalami episod duka sebelum ini apabila berpisah dengan kekasih yang sering mendera emosinya, Sarah Hildebrand kembali bangun dan memulakan kehidupan baru yang lebih bermakna.

Sering memberikan nasihat mengenai lelaki yang sering bermain dengan emosi wanita, Sarah turut berjaga-jaga sebelum memulakan hubungan cinta baru. Dalam diam, rupanya wanita itu mengakui bahawa dia telah mula berkasih dengan rakan baiknya sendiri iaitu Otto Gillen, seorang jejaka kacukan Filipina-Amerika.

Advertisement

sarah hildebrand kahwin kekasih kacukan filipina-amerika november ini

Baru 8 bulan bercinta, namun Sarah (29) membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Otto (26) pada 3 November ini.

Sebenarnya, saya dan Otto kawan lama yang terpisah ketika sama-sama menuntut di sekolah tinggi di Amerika dulu.

Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini.

Namun, kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir.

sarah hildebrand kahwin kekasih kacukan filipina-amerika november ini

Sarah juga mengakui bahawa dia lebih senang untuk mendiamkan diri mengenai hubungan ini kerana tidak mahu peristiwa lama berulang kembali kerana terlampau menjaja kisah cintanya kepada umum.

Banyak yang saya belajar selepas putus cinta sebelum ini.

sarah hildebrand kahwin kekasih kacukan filipina-amerika november ini

Selain itu, wanita itu turut memastikan segala persiapan perkahwinannya telah diselesaikan sebelum memaklumkan hal ini kepada orang ramai.

Justeru, selepas kami sepakat untuk berkahwin, saya pastikan perancangan untuk berkahwin berjalan lancar dulu barulah berkongsi berita baik ini dengan semua.

Selain itu, banyak dokumen berkaitan urusan pernikahan yang perlu diuruskan kerana saya bakal berkahwin menggunakan wali hakim nanti.

Apa-apa pun tahniah kepada Sarah dan Otto! Diharapakan agar segala persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...