Seperti yang ramai tahu, pelakon, Sarah Hildebrand tidak lagi berkecimpung dalam industri seni Malaysia dan telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyertai unit Tentera Udara di sana.
Namun baru-baru ini, Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berusia 32 tahun itu dilihat memuat naik gambarnya memakai pakaian dalam wanita atau bikini.
Meninjau di ruangan komen, nampaknya Sarah masih lagi menjadi tumpuan netizen Malaysia walaupun dia sudah menetap di Amerika Syarikat.
Namun, lain pula yang menjadi perhatian mereka apabila melihat selulit yang terdapat pada bahagian peha pelakon itu.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan status agama Sarah dan bertanyakan sama ada dia masih seorang muslim atau tidak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.